Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

Ketua bahagian DAP mati ditembak di Manjung

$
0
0
MANJUNG: Seorang ketua bahagian DAP mati selepas ditembak lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya di kampung Jering Ayer Tawar, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa, Wong Kong Ting, 56, ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan pintu pagar rumahnya.

Ahli keluarga mangsa membawa mangsa ke hospital manjung untuk mendapatkan rawatan kecemasan namun mangsa mati di hospital itu kira-kira 50 minit selepas ditembak.

Terdapat empat kesan tembakan pada tubuh mangsa.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129