Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129
↧

PM sudah banyak bantu kaum India - Kamalanathan

$
0
0
JASIN 19 Feb. - Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), P. Waythamoorthy disifatkan tidak layak mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah banyak membawa perubahan kepada kehidupan kaum India di negara ini.

Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, P. Kamalanathan berkata, kerajaan telah memperuntukkan jutaan ringgit bagi menyalurkan bantuan kepada kaum India dalam pelbagai aspek.

"Dia tiada hak buat tuduhan itu dan dia tidak boleh mengkritik orang lain yang masih berterusan menjaga kebajikan masyarakat India di negara ini.

"Bagi saya, seseorang yang gagal melaksanakan tanggungjawab tidak boleh menuding jari kepada seseorang yang memperjuangkan keperluan kaum India.

"Saya kecewa kerana saya dimaklumkan bahawa dia meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana isu-isu peribadi," katanya dalam sidang akhbar di Politeknik Merlimau di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Waythamoorthy yang menyalahkan Najib kerana kegagalannya melaksanakan perubahan kepada kaum India.

Katanya, kepimpinan Najib sejak lima tahun lalu telah banyak membawa perubahan kepada kaum itu dan antara yang paling ketara ialah penambahbaikan sekolah-sekolah Tamil di negara ini.

"Perdana Menteri sejak memimpin negara lima tahun lalu telah menyalurkan jutaan ringgit kepada penambahbaikan sekolah Tamil yang tidak pernah dilakukan sebelum ini," katanya

Katanya, MIC sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) akan terus memberikan perhatian terhadap kemajuan rakyat di negara ini.
↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

Latest Images