Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

Agama bukan untuk populariti

$
0
0
Kuala Lumpur: “Persepsi itu timbul sebab saya sudah terbiasa dan sebati dengan unsur keagamaan apabila menjawab sesuatu isu,” kata pelakon kontroversi, Johan Arrif As’ari berhubung kecenderungannya menggunakan elemen agama Islam dalam menghadapi sesuatu kontroversi membabitkan dirinya.

Johan, 28, didakwa segelintir pihak sebagai individu hipokrit dan berpura-pura menggunakan elemen terbabit untuk mengurangkan impak negatif kontroversi yang dikaitkan dengannya.

Ketika dihubungi, Johan berkata, setiap tuduhan atau persepsi yang dilemparkan kepadanya adalah bukti keprihatinan dan kepekaan peminat kepada dirinya.

“Saya tak pernah menggunakan elemen agama untuk kepentingan diri. Saya buat silap, saya akuinya dan memohon maaf.

“Saya percaya apa juga persepsi yang timbul adalah lumrah biasa dan bukti mereka (peminat) mengambil berat terhadap saya,” katanya.

Rungutan dan persepsi negatif terhadap bekas kekasih aktres Lana Nodin ini masih lagi menjadi buah mulut ekoran sikap dan pendiriannya yang sukar diramalkan dalam aspek percintaan.

Kenyataan Johan yang kerap menyelitkan elemen-elemen Islamik dalam menjawab pelbagai kontroversi mengundang perasaan kurang senang segelintir peminat sehingga menganggap dirinya seorang hipokrit.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129