Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

‘Anwar selalu berperangai pelik’

$
0
0
Petaling Jaya: “Dia boleh kata apa dia nak, dia boleh buat apa dia nak buat. Dia kata mengenai pembaziran, tapi dia sendiri mahu ada pilihan raya. This guy (lelaki ini) is weird (memang pelik).

“Saya tidak faham kenapa masih ada orang menyokongnya, malah masih ada yang melihat dia sebagai pemimpin yang berkaliber dan hebat, di peringkat dunia pun dia (pemimpin) hebat, saya betul-betul tidak faham,” kata Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau mengulas laporan media mengenai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin yang membayangkan kemungkinan beliau bakal menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac nanti.

Idris yang juga Menteri Pendidikan II berkata, pemimpin pembangkang itu lebih gemar memberi kenyataan yang berubah-ubah seolah-olah tidak tetap pendirian termasuk isu memegang jawatan Menteri Besar.

“Dia (Anwar) memang selalu berperangai pelik, hari ini cakap macam ini, esok dia cakap lain.

Semasa dalam kerajaan dulu, dia cakap PAS dan DAP tak berguna tapi sekarang ini dia cakap DAP lah yang paling bagus.

“Dulu dia nak jadi Perdana Menteri, sekarang dia kata nak jadi Menteri Besar pula.

Saya tidak memahami dia..dia pelik,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, lebih menghairankan apabila dengan sikap seumpama itu Anwar boleh mengadakan ceramah di masjid dan orang masih boleh menerimanya lagi.

Dalam laporan media kelmarin, calon bagi PRK DUN Kajang itu memberitahu bah

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129