PETALING JAYA: Jawatan Menteri Besar (MB) Selangor tidak semestinya dijawat oleh anak jati Selangor sendiri.
Menurut Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad, rakyat Malaysia dari mana-mana negeri boleh menjawat jawatan tersebut sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat di Selangor.
“Tak ada masalah untuk (individu bukan rakyat Selangor) menjadi MB,” katanya apabila dihubungi FMT hari ini.
Mengulas mengenai kemungkinan Ketua Umum Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengambil alih jawatan tersebut, Nik Nazmi berkata beliau mengakui tidak mengetahui mengenai perkara itu.
“Saya tak tahu ia akan dilakukan atau tidak tetapi ia tiada masalah (untuk perkara itu berlaku). Cuma kena cari orang untuk meletakkan jawatan,”katanya lagi.
Bagi membolehkan Anwar mengambil alih jawatan tertinggi Selangor itu, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) perlu mengundur diri bagi membolehkan satu pilihan raya kecil diadakan untuk membolehkan Anwar bertanding dan seterusnya memenangi satu kerusi tersebut.
Minggu lalu, blogger popular Raja Petra Kamaruddin mendakwa Anwar telahpun mencapai persetujuan dengan DAP dan PAS negeri untuk berbuat demikian.
Nik Nazmi bagaimanapun berkata beliau tidak pernah diberitahu mengenai rancangan untuk berbuat demikian.
“Setakat ini, tak ada lagi,” tambah Adun Seri Setia itu.
Sementara itu, Setiausaha Umno Selangor Datuk Johan Abd Aziz berharap rakyat membuka mata tentang siapa Pakatan Rakyat (PR) yang sebenar dalam episod pergelutan kuasa ini.
“Saya pun ada menerima berita ini menerusi SMS yang mengatakan Anwar akan bertanding di pilihan raya kecil. Soal kelayakan itu kita tak hiraukan cuma perkara ini menunjukkan yang PR ni memang bermasalah.
“Mereka ini cakap tak serupa bikin. Kita tak peduli pun siapa yang nak gantikan tempat MB sebab jika soal setuju atau tak setuju, beberapa isu sebelum ini seperti isu air yang kita gesa supaya tidak dipolitikkan pun, mereka jalankan juga,” katanya apabila dihubungi.
Tegas, Adun Semenyih itu, PR tidak seharusnya menimbulkan isu yang akhirnya akan membebankan rakyat sendiri.
“Bila dah jadi macam ini, bila ada bangkangan di sana-sini rakyat yang akan terhimpit. Jadi saya harap rakyat dapat buka mata siapa PR yang sebenar,” tegasnya.