Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all 9129 articles
Browse latest View live

Chef Wan dikejarkan ke hospital selepas kutuk Qu Puteh?

$
0
0
Chef selebriti dan personaliti TV terkenal, Datuk Chef Wan kini ditahan di Hospital Gleneagles Jalan Ampang akibat mengidap penyakit bronkitis iaitu radang pada salur bronkus dalam paru-paru menurut laporan mStar Online dan status terkini pelakon Serina Redzuawan.

Menerusi Instagram beliau hari ini, Serina Redzuawan kongsikan sekeping gambar Chef Wan yang kini berada di hospital selain mengharapkan peminat dan keluarga mendoakan kesejahteraan ayahnya itu yang kini masih dalam rawatan.


“Serina & cucu papa doakan papa cepat sihat balik, so sad tak boleh melawat papa. Doktor tidak benarkan sebab papa kena berehat tak boleh ada guest or family visit. To all my fans and family please doakan papa cepat sembuh dari bronchitis infection,” tulisnya.

Chef Wan pula menerusi Instagram beliau memuat naik sekeping gambar menunjukkan biliknya di hospital tersebut yang dikhabarkan bernilai RM3,800 satu malam. Menerusi gambar tersebut, wad itu kelihatan seperti hotel mewah penuh bergaya. Semoga cepat sembuh Chef Wan! (rtky/m)

Polis kenal pasti penyebar klip video buli Zamani di balai

$
0
0
KUALA LUMPUR : Polis sudah mengenal pasti anggotanya yang didapati merakam dan menyebarkan satu klip video memaparkan bekas vokalis sebuah kumpulan popular era 90-an menyanyi dalam keadaan bergari.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, berkata pihaknya juga sedang menyiasat beberapa anggota lagi yang didapati terbabit sama menyebar video berkenaan.

"Siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan, petang ini.

Katanya, siasatan dalaman dari segi salah laku dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) juga sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) kontinjen Selangor.

"Polis Selangor memberi jaminan siasatan yang telus akan dijalankan tanpa melindungi sesiapa dan tindakan dalaman mengikut peraturan tatatertib akan dikenakan terhadap anggota terbabit," katanya.

Pagi tadi, tersebar satu video selama 1 minit 23 saat memaparkan video vokalis itu menyanyi sambil tangannya bergari.

Ia tersebar di laman sosial termasuk aplikasi WhatsApp dengan kebanyakan komen dikongsi pengguna sosial antara lainnya mengutuk tindakan terbabit yang dianggap tiada belas kasihan.

Apabila Zarina Anjoulie sembang pasal 'tetek' di Twitter

$
0
0

ALAHAI, macam tak ada topik lain yang boleh dibincangkan oleh artis penuh kontroversi, Zarina Anjoulie di laman Twitter sampaikan topik ‘buah dada’ juga yang jadi pilihannya.
Apa lagi, perlakuan Zarina ini mengundang komen daripada peminat lelaki.
Ia bermula apabila pelakon yang pernah beraksi seksi untuk majalah FHM Indonesia ini memuatnaik status mempersoalkan tentang perkataan ‘tetek’ yang dianggapnya seperti perkataan murahan.
Maka berbondong-bondonglah idea yang keluar termasuklah menggantikan tetek dengan ‘payudara’, ‘nenen’ dan ‘kopek’.
Tapi paling tak boleh blah, Zarina sendiri telah mencadangkan perkataan ‘mahligai’ sehingga salah seorang peminat lelaki memberikan komen berbunyi:
“Baiklah Zarina. Tapi ‘mahligai’ Zarina mimpi indah saya. Semoga dapat ditunaikan.”
Zarina Anjoulie Bincang Hal 'Tetek' Dengan Peminat Di Twitter...
Zarina Anjoulie Bincang Hal 'Tetek' Dengan Peminat Di Twitter...
Hai, tak tahulah kalau Zarina ni memang jenis tak ada sifat segan. Sebab kami yang membaca perbincangan ini pula yang rasa malu.. -MYNEWSHUB.CC


Zarina Anjoulie Bincang Hal 'Tetek' Dengan Peminat Di Twitter...

Rogol, liwat isteri rakan baik sendiri

$
0
0
Gambar hiasan
PUTRAJAYA, 22 Jan (Bernama) -- Seorang pekerja rencam akan meringkuk dan menghabiskan hidupnya dalam penjara sehingga usia tua atas dua tuduhan merogol dan meliwat isteri kawannya.

Azhar Che San, 43, gagal dalam rayuan terakhirnya apabila Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menolak rayuan untuk mengurangkan hukuman penjara 38 tahun dan 24 kali sebatan yang dijatuhi oleh Mahkamah Tinggi.

Hakim Datuk Zawawi Mohd Salleh yang mempengerusikan panel tiga anggota berkata walaupun perayu (Azhar) akan dibebaskan dari penjara semasa usia 81 tahun, mahkamah tidak mempunyai kecenderungan untuk mengurangkan hukuman penjara disebabkan fakta kes.

Beliau berkata hukuman penjara 38 tahun dan 24 kali sebatan adalah setimpal dengan jenayah yang telah dilakukannya.

Panel Mahkamah Agung yang turut bersidang iaitu Hakim Ong Lam Kiat dan Datuk P. Nalini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara 18 tahun dan lapan sebatan setiap satu bagi dua pertuduhan merogol seorang wanita berumur 46 tahun dan penjara 20 tahun dan lapan sebatan kerana meliwat mangsa.

Pada 17 Okt tahun lepas, Mahkamah Tinggi di Taiping, Perak, memerintahkan Azhar menjalani dahulu hukuman penjara 18 tahun bagi pertuduhan pertama dan mula menjalani hukuman bagi pertuduhan kedua dan ketiga selepas selesai menjalani hukuman penjara yang pertama.

Hukuman penjara bagi pertuduhan kedua dan ketiga berjalan serentak.

Azhar mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan di Mahkamah Sesyen di Taiping dan dijatuhi hukuman penjara sejumlah 54 tahun bagi ketiga-tiga pertuduhan dan 36 sebatan tetapi Mahkamah Tinggi mengurangkan hukuman kepada 38 tahun dan 24 sebatan.

Mengikut fakta kes, pada pukul 6 petang 4 Mei 2014, Azhar pergi ke rumah mangsa dan memberitahunya bahawa suami (mangsa) sakit dan mahu membawanya bertemu dengan suaminya.

Sebaliknya, dia membawa mangsa ke sebuah pondok dalam hutan di daerah Larut Matang di Perak sebelum merogol dan meliwatnya.

Fakta kes itu juga menyatakan bahawa mangsa, yang menderita kesakitan, melawan dan cuba melarikan diri ke kawasan bukit tetapi terjatuh. Dia kemudian berulang kali dipukul, ditendang dan ditolak jatuh dari bukit. Dia kemudian dicekik dan ditarik rambut.

Tertuduh kemudian menarik mangsa kembali ke pondok itu dan menyuruhnya minum minuman dalam tin yang disyaki alkohol. Dia kemudian merogolnya sekali lagi.

Timbalan Pendakwa Raya Kee Wei Lon memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa dengan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, ia (Mahkamah Rayuan) dapat menghantar mesej jelas kepada orang ramai bahawa mahkamah tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang melakukan jenayah seksual.

Peguam Varpal Singh berhujah bahawa jika hukuman penjara dikekalkan, anak guamnya mungkin tidak berpeluang keluar penjara.

-- BERNAMA

Video seks Tun Zaim Zainuddin? Gila....!

$
0
0
Perang proksi dalam media arus perdana dan di Internet di antara Datuk Seri Najib Razak dan pengkritik dalaman Umno seperti mengulangi sejarah percubaan untuk menyingkirkan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, kata seorang blogger pro Barisan Nasional (BN).

Tetapi kali ini taktiknya lebih kotor, secara tidak langsung dan lebih lucah dengan mangsa terbaru adalah bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang diancam didedahkan video seksnya.

"Kita merasakan ia kerja blogger-blogger upahan yang sanggup melakukan apa saja asalkan menerima bayaran. Tindakan untuk menggesa Najib meletak jawatan semakin kuat, sama seperti ketika zaman Pak Lah," kata Anuar Mohd Nor yang dikenali dengan blog Umno Reform merujuk kepada Abdullah.

Klip penuh dengan teks selama satu minit dan 40 saat dimuat naik di laman perkongsian video atas talian YouTube, oleh pemilik akaun WikiLeaks Malaysia tanpa memaparkan sebarang aksi seks, tetapi menjanjikan bakal mendedahkan video temu ramah dengan “mangsa” Daim yang dikatakan berasal dari Vietnam, Indonesia dan Thailand.

Klip itu juga mendakwa AS$10,000 dibayar kepada mereka yang masih dara dan akan diperiksa doktor peribadi Daim.

Daim menjadi sasaran kerana kritikannya kepada cara Najib menguruskan politik dan ekonomi.

Walaupun pengkritik utama ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, Daim terperangkap di tengah-tengah, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin baru-baru ini.

Menurut Anuar yang pernah menganggotai Unit Media Baru Umno itu, Najib tidak dibantu faktor ekonomi lain seperti kejatuhan nilai ringgit dan kejatuhan harga minyak dunia yang memberikan kesan kepada ekonomi negara.

Katanya, ini menyebabkan kecenderungan untuk menjatuhkan pemimpin juga cukup tinggi.

"Ini spekulasi politik, Tun Dr Mahathir menegur, kemudian tarik balik, seperti main tarik tali...Datuk A Kadir Jasin dan Daim kemudiannya mula turut mengkritik Najib," katanya.

“Ia berlaku kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ketika krisis ekonomi pada 1998 apabila beliau dipecat dan mencetuskan reformasi," katanya merujuk kepada apa yang dilakukan Dr Mahathir kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kemuncak krisis ekonomi Asia pada 1998.

Serangan kepada pemimpin veteran seperti Daim bagaimanapun mungkin akan “menikam balik” Najib, kata Kadir dengan mengatakan orang seperti bekas menteri kewangan itu dan Dr Mahathir tidak akan rugi banyak kerana sememangnya sudah tidak memegang jawatan politik.

Seorang lagi blogger Shahbudin Husin yang merupakan bekas ketua penerangan Umno Wilayah Persekutuan dalam tulisannya pada Rabu berkata Najib harus bersuara dan menyatakan pendirian tentang serangan terhadap Daim.

Shahbudin berkata, kesan perang proksi dirasai Umno sendiri dan Najib selaku presiden parti perlu menamatkannya dengan menjawab isu ditimbulkan Daim.

“Sebagai pemimpin, beranilah berkata benar dan jangan bersikap baling batu sembunyi tangan. Kalau mengetahui dan merestuinya, berdirilah dengan penuh tanggungjawab sebagai seorang yang berani.

“Namun berdiam diri dan bisu seperti selalu bukan lagi pilihan ketika ini,” kata Shahbudin.

Media arus perdana menyerang Daim dengan tuduhan rasuah dan memberikan liputan meluas kepada Anwar yang menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) jika siasatan dilakukan terhadap bank bekas menteri kewangan itu.

Komen Anwar diberikan liputan meluas dalam media arus perdana yang sebelum ini bersikap dingin terhadap ahli politik pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

Pemimpin pembangkang sebelum ini menggesa SPRM menyiasat Daim, seperti dilakukan bekas ketua pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Anwar membuat 15 laporan tahun lalu, menuduh Daim mengaut bilion ringgit melalui Bank Afrika dan Eropah Timur menggunakan proksi.

Daim menafikan dakwaan itu dan berjanji untuk memberikan kerjasama kepada SPRM.

Susulan itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdul berkata, badan anti rasuah itu sudah menemu bual Daim dan akan bertemu Anwar untuk membantu siasatan.

Tindakan Anwar itu mengejutkan beberapa pihak, terutamanya sekutu PR DAP apabila mempersoalkan kewujudan "pertalian" antara Anwar dan Najib.

Ahli Parlimen Raub (DAP) Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, kesungguhan Anwar itu dilihat akan menggagalkan usaha PR untuk menawan Putrajaya dalam pilihan raya akan datang.

"Adakah terdapat perjanjian di antara Najib dan Anwar? Anwar membantu Najib menjatuhkan Daim kerana Najib sebenarnya berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Bagi saya, kelihatan keutamaan Anwar kini bukanlah PR. Walaupun beliau memberitahu saya tidak kisah isu tersebut, saya fikir keutamaannya sekarang ialah kebebasan sendiri," katanya menerusi kiriman di blognya Sakmongkol AK47 hari ini.

Katanya, media Umno seharusnya diberikan ruang seluas-luasnya untuk bercakaran sesama sendiri tanpa melibatkan pemimpin PR.

"Kita patut membiarkan Daim dan orangnya seperti penulis, blogger dan bekas menteri untuk menjatuhkan Najib.

"Jangan halang Zam menyampaikan cerita sensasi tentang Najib supaya seluruh Malaysia mengetahui siapakah Najib sebenarnya," katanya merujuk kepada bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin. – 24 Januari, 2015.

Artis sudah berkahwin antara yang jadi 'escort girl', terima bayaran lumayan

$
0
0
Harian Metro hari ini melaporkan yang pihak polis kini sedang memantau sekurang kurangnya 10 orang artis wanita tempatan termasuk beberapa nama popular yang disyaki terlibat dengan kegiatan gadis peneman atau escort girl dengan menerima bayaran lumayan.

Siasatan mendapati beberapa artis popular serta pendatang baru meningkat naik itu mengenakan bayaran terhadap perkhidmatan yang diberikan antara RM3,000 dan RM10,000 untuk satu malam termasuk perkhidmatan aksi di ranjang.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat & Perjudian Bukit Aman, Datuk Roslee Chik yang mendedahkan perkara itu mengesahkan beberapa artis yang kebanyakkan mereka adalah pelakon kini berada dalam radar pemantauan mereka.
Jadi Escort Girl VVIP, Polis Pantau 10 Artis Wanita Tempatan - ROTIKAYA

“Ada antara artis itu sudah berkahwin dan kita percaya dia sudah berhenti. Namun, masih ramai lagi yang dikesan aktif di luar sana. Mereka bukan sahaja popular sebaliknya ada juga yang masih baru dalam dunia seni,” katanya.

Harian Metro juga mendedahkan yang artis sebagai gadis peneman ini tidak bergerak sendirian tetapi mempunyai orang tengah yang mengaturkan pertemuan mereka dengan golongan atasan & VVIP sebelum berunding sehingga ke perkhidmatan di ranjang.

“Biarpun tidak boleh mendedahkan siapa orang tengah itu buat masa ini, tetapi kamu mengetahui setiap pergerakannya,” tambahnya lagi. (rtky/m)

Disentuh Qari, Neelofa Dikritik Peminat

$
0
0

Oleh kerana sekeping gambar yang dimuat naik oleh Neelofa, beliau dikritik ratusan pengikutnya dan turut mendapat perhatian adiknya yang bengang dengan kritikan tersebut.

Kritikan terhadap Neelofa muncul apabila beliau memuat naik sekeping gambar yang memaparkan Maulana Qari Faiz Uddin Hazarvi memegang kepalanya di Instagram miliknya.

Seperti kebiasaan, pelbagai pendapat berbeza dan juga tohmahan dilemparkan kepada Neelofa sehingga membuatkan adiknya melenting melalui Instagram @ameera812.

Sehubungan itu, ada di kalangan peminat Neelofa yang turut bersetuju dengan pendapat yang dilemparkan oleh adik Neelofa kepada haters kakaknya itu. (rtky/syfq)

Anak penyampai radio didera di pusat asuhan

$
0
0
KUALA LUMPUR - Seorang penyampai radio mendakwa anak lelakinya berusia setahun lapan bulan didera di sebuah pusat asuhan kanak-kanak, dua hari lalu.

Menurut Nazira Noran, 35, yang bertugas dengan Bernama Radio24, suaminya Muhammad Farid Samsuddin, 41, menyedari kesan gigitan dan cakaran pada lengan tangan kanan dan kiri, belakang badan serta dahi anaknya ketika menjemputnya dari taska itu pada petang Khamis.

"Kerana tidak berpuas hati, saya telah ke taska itu untuk mendapatkan pengesahan namun penyelianya memberi alasan ia luka lama.

"Namun setelah membuat pemeriksaan di sebuah pusat rawatan swasta, doktor mengesahkan ada kesan cakaran kuku saiz orang dewasa," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Nazira berkata beliau membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pada Jumaat.

"Ini kali pertama kejadian ini berlaku setelah lebih setahun anak saya ditempatkan di situ," katanya.

Nazira berkata anaknya itu kini berada dalam keadaan stabil dan buat masa ini anak bongsu daripada tiga beradik itu dijaganya sendiri susulan insiden berkenaan. -Bernama

Belasah isteri orang...

$
0
0
LUTUT mangsa yang tercedera ketika bergelut dengan suspek, kelmarin Miri: Akibat mabuk, seorang lelaki cedera dilibas dengan parang selepas membelasah isteri rakannya sehingga pengsan alam kejadian di sebuah rumah pekerja di tapak binaan di Riam, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, mangsa berusia 30-an ditumbuk di kepala dan muka bertubi-tubi sehingga pengsan manakala suaminya berusia 28 tahun terpaksa menyerang semula suspek bagi mempertahankan diri.

Suami wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Thomas berkata, ketika kejadian dia sedang tidur sebelum dikejutkan dengan kehadiran suspek berusia 40-an yang memecah masuk kediamannya.

“Mulanya, saya cuba menenangkan rakan saya itu, namun dia bertindak agresif menyerang isteri saya. Saya terpaksa melawan bagi mempertahankan diri.

“Saya mengambil parang diletakkan di luar bilik dan melibas suspek sehingga cedera di rusuk kirinya,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri, di sini, semalam.

Menurutnya, suspek terbabit dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan selepas menerima panggilan kecemasan berikutan kejadian itu.

“Akibat pergelutan dengan lelaki itu, saya juga mengalami kecederaan di tangan dan kaki. Saya tidak tahu kenapa dia menyerang saya, namun ketika kejadian dia sangat mabuk,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya sudah menerima laporan kes berkenaan manakala keterangan wanita terbabit dan suaminya sudah diambil bagi membantu siasatan.

Katanya, suspek ketika ini masih menerima rawatan di hospital dan dilaporkan stabil.


-Harian Metro

Terpukau dengan 'Cik Wawa' akhirnya ikut bertelanjang

$
0
0
Foto hiasan
Among: Terpukau dengan tindakan seorang kenalan baru wanita (Cik Wawa ) yang berbogel di laman sosial Skype menyebabkan seorang pemuda diperangkap sebelum dipaksa membayar RM1,500.

Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, mangsa berusia 25 tahun dikatakan menggunakan laman sosial itu untuk berbual dengan suspek warga Filipina.

Sumber polis berkata, mangsa bagaimanapun teruja apabila wanita terbabit tiba-tiba berbogel dan mengajak mangsa turut melakukan tindakan sepertinya.

“Mangsa bagaimanapun enggan melakukan perkara itu dan cuba menamatkan perbualan mereka namun dia mendakwa bagai dipukau dan tidak menyedari turut sama berbogel.

“Mangsa kemudian menerima mesej melalui laman sosial Facebook empat jam kemudian meminta dia membuka pautan yang diberikan suspek,” katanya.

Sumber berkata, mangsa bagaimanapun terkejut apabila aksi dia berbogel dirakam di dalam laman You Tube menyebabkan dia panik.

“Suspek kemudian sekali lagi menghubungi mangsa dan mengugut bayaran wang RM1,500 jika dia tidak mahu video aksi itu disebarkan.

“Mangsa diarahkan membuat bayaran ke akuan bank diberikan wanita itu sebagai ‘tebusan’ bagi memastikan video itu dipadamkan,” katanya.

Rahib wanita tak sedar diri hamil hinggalah....

$
0
0
Macerata, Itali: Seorang rahib wanita mengejutkan rakannya dan pegawai gereja apabila melahirkan seorang bayi lelaki selepas mengadu mengalami sakit perut melampau.

Media semalam melaporkan, wanita itu mendakwa dia tidak pernah sedar sedang hamil.

Kelmarin, dia mengadu sakit perut dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Namun, sumber berkata, rahib berasal dari Amerika Selatan itu kemudian didapati bakal melahirkan bayi ketika diperiksa di bilik rawatan kecemasan di hospital Macerata.

“Bayi itu dalam keadaan sihat tetapi perlu ditempatkan di hospital sementara waktu untuk pemantauan,” katanya.

Sementara itu sumber lain memberitahu, rahib terbabit sejak akhir-akhir ini menunjukkan minat kepada aspek penjagaan bayi. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26121#sthash.mhezXMhT.dpuf

Suamiku curang bepuluh-puluh kali (part 2)

$
0
0
BUKAN niat untuk mendedahkan demi simpati atau mengaibkan diri sendiri dan keluarga apatah lagi bekas suami. Kisah ini saya imbau demi iktibar dan pedoman kepada rakan-rakan wanita.

Sambungan minggu lepas... [ARTIKEL BERKAITAN: 'Suamiku curang berpuluh kali' ]

Dan mudah-mudahan ia juga memberikan kekuatan kepada diri saya untuk meneruskan kehidupan yang masih bersisa.

Ketika menelusuri denai berlopak di hadapan stesen bas berdekatan Kampung Baru, saya lihat kelibat seorang perempuan berusia 30-an mengheret seorang kanak-kanak dua tahun. Hujan masih renyai. Saya suruh suami berhenti dan perlahan-lahan saya keluar dari kereta. Saya berlari-lari kecil mendekati wanita itu.

“Nak pergi mana hujan-hujan ni?”

“Cari kerja bu. Saya dihalau majikan. Enggak tahu mahu ke mana.” Demi mendengar jawapannya, dada saya meruntun hiba. Benarlah telahan saya bahawa wanita ini bersama anaknya dalam kesusahan.

Entah apa salah silapnya terhadap majikan namun bagi saya, menghalau mereka di waktu hampir senja, dalam hujan renyai adalah perbuatan tidak wajar. Tiada belas kasihan dan kasih sayang.

Saya pandang suami dalam kereta. Dia yang seakan memahami menganggukkan kepala, membenarkan saya menjemput wanita itu masuk ke dalam kereta.

“Makasih ya pak sama ibu. Saya Ratna. Ini anak saya, Juita. Dari Medan. Udah banyak tahun di Malaysia. Saya kahwin sama orang Indonesia tapi udah cerai setahun lalu dan dia pulang ke seberang bawa anak lagi satu.” Ratna memperkenalkan diri tanpa dipinta. Saya dan suami hanya berpandangan. Memang kasihan.

Malam itu, kami berbincang untuk membenarkan Ratna bekerja di restoran milik suami dan tinggal di rumah pekerja, juga kebanyakannya wanita Indonesia. Ratna mudah serasi dengan pekerja lain dan dia juga dapat pengasuh untuk anaknya.

Bulan pertama, saya sibuk menguruskan dokumentasi Ratna termasuk pas pekerja dan permit. Seperti mana pekerja lain, Ratna dilayan sama rata dan diberikan gaji mengikut kebolehannya.

Dia pandai memasak dan pandai juga mengambil hati pengunjung. Jujur saya akui, beberapa bulan bekerja, Ratna antara pekerja yang rapat dengan saya dan mudah dibawa bersembang.

Saya dan suami turut membelikan tiket kapal terbang untuk Ratna pulang ke Medan menghantar anaknya dan menjenguk anak yang seorang lagi, selain menghantar belanja di kampung. Tiada istilah berkira kerana pekerja adalah sumber pendapatan kami sekeluarga.

Terbongkar lagi

Hampir dua tahun bekerja, saya mengandung anak ketiga. Alahan teruk menyebabkan saya tidak mampu untuk selalu berada di restoran menguruskan kaunter dan menutup akaun. Biasanya jam 3 atau 4 pagi baru saya balik ke rumah tapi sejak hamil jam 9 atau 10 saya sudah balik meninggalkan Ratna yang saya amanahkan untuk menjaga restoran.

Kandungan masuk enam bulan. Saya mula mendengar cerita tidak enak mengenai sikap Ratna dan suami yang dikatakan sering bersama. Agakan saya, mungkin atas urusan akaun.

Saya perhatikan sikap mereka sama sahaja, bak majikan dengan pekerja. Tapi lama-kelamaan, cerita yang kedengaran seakan bukan bualan kosong. Tiga bulan berlalu, saya diam dan cuba telan berita tidak enak mengenai mereka berdua.

Namun hati isteri mana yang mampu tenang. Cerita demi cerita, semakin menghimpit perasaan. Pekerja sarankan saya pergi pada jam tertentu di mana suami dan Ratna bercumbuan.

Mereka meluat melihat Ratna yang semakin terang-terangan memperlihatkan kemesraannya dengan majikan. Malam itu, dengan perut yang memboyot, saya gagahkan diri ke restoran jam 2 pagi. Waktu ini, pelanggan mula susut dan biasanya saya, suami atau Ratna sudah di kaunter memulakan kira-kira.

Saya berjalan perlahan dari pintu belakang restoran. Pekerja yang menyedari kedatangan saya diam tak berkutik. Saya perlahankan langkah. Dari belakang sayup-sayup terdengar gelak ketawa Ratna dan suami di kaunter. Saya mengintip. Tangan Ratna enak melingkar di bahu suami. Kepalanya meliuk-lentuk begitu mesra dan manja. Beberapa kali, saya melihat suami memandang kiri dan kanan sebelum satu kucupan hinggap di pipi Ratna. Ya ALLAH... suami saya orang agama... saya terduduk.

Hendak bersalin

Saya mengongoi macam budak kecil. Ibu, abang, adik-beradik, semua saya sudah panggil. Mereka berhimpun di rumah saya subuh itu. Suami yang baru balik kerja terkejut tetapi seakan menduga.

“Tia nampak semuanya abang... sekarang ni, depan mak dan adik-beradik Tia nak abang lepaskan Tia. Sampai hati abang duakan Tia dengan pekerja? Tak cukup ke apa yang abang dah buat pada Tia selama ni?

Abang dah curang berpuluh-puluh kali! Tia dah maafkan abang berpuluh-puluh kali! Abang siap bertaubat, bawa Tia pergi Makkah, naik haji, jadi orang agama, kenapa abang ulang lagi?!!!” Air mata saya mengalir laju. Sumpah, saya amat sayangkannya!

Mak dan adik-beradik lain terkejut dengan kata-kata saya. Selama ini, baru mereka sedar bahawa suami saya yang alim di hadapan mereka telah banyak melukakan hati saya dengan sikap kaki perempuannya.

Abang kandung menggenggam penumbuk. Saya sudah tidak kisah apa akan berlaku pada suami. Dia memang layak dikerjakan.

“Sumpah mak, abang, saya tak buat apa-apa dengan Ratna! Tia tolonglah abang sayangkan Tia dan anak-anak. Tia, kita berhentikan Ratna. Hantar dia balik Indonesia. Abang janji! Tolonglah Tia.

Tia mengandung. Jangan buat macam ni” Demi mendengar perkataan sumpah dari suami, saya menjerit macam orang gila. Saya benci dengan sumpahnya! Saya benci penipuannya! Saat itulah saya tidak sedar bila saya rebah dan tahu-tahu, saya sudah di hospital hendak bersalin.

Poland tersungkur, Malaysia juara Liga Hoki Dunia

$
0
0
MALAYSIA menjadi juara saingan Pusingan Kedua Hoki Liga Dunia (WHL) 2015 selepas menundukkan Poland 8-0 pada perlawanan akhir di Stadium Hoki Sengkang, di sini malam ini.

Penjaring:
Malaysia: Faizal Saari (3', 33'), Muhammad Razie Abdul Rahim (7’, 21’,60'), Nabil Fiqri Mohd Noor (42’), Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil (48'), Muhammad Haziq Samsul (54')

- Bernama

(Video) Aksi separa lucah pasangan kekasih dalam KFC dirakam pengunjung

$
0
0
Perghh, dah macam ‘trend’ bagi remaja zaman sekarang melakukan aksi tidak senonoh di khalayak ramai.

Aksi tidak senonoh pasangan ini berjaya dirakam oleh pengunjung di sebuah restoran makanan segara KFC.

Jika anda perhatikan, dengan selambanya pasangan tersebut bercumbu sakan sehingga lelaki di dalam video tersebut mula ‘mengorak langkah’ menuju ke arah kemaluan wanita tersebut.

Dasar tak tahu malu sungguh!

Di penghujung klip, kelihatan wanita itu pun macam dah mula risau dengan tindakan rakus teman lelakinya dan cuba bangun dari kerusi sebelum dia dirogol atas meja makan tu aje!

Sape suruh layan dari mula kan? Mamat tu dah tak boleh nak kawal diri akhirnya….

Soalnya… apa mereka ingat restoran makanan segera tersebut bapak diorang punya?
Anda fikirlah, ini baru di restoran, belum lagi mereka berada di tempat yang lebih ‘selesa’ seperti di dalam wayang.

Jika di khalayak orang ramai pasangan tersebut selamba melakukan aksi ‘mengorak langkah’ , bagaimana pula di tempat yang tertutup? Berlangkah-langkah lagi lah jawapannya.

Begitu pun, kelakuan mereka sememangnya tidak bermoral dan boleh mengakibatkan budaya negatif seumpama ini menjadi ikutan anak muda yang lain pula.

Gejala sebegini lah yang menyebabkan peningkatan kes-kes pembuangan bayi. Apa pun, semoga perkara sebegini dapat dijauhkan-MYNEWSHUB.CC

Dato Siti punca Zamani terjebak dadah?

$
0
0
Sepanjang minggu lalu, nama penyanyi Zamani menjadi bualan hangat selepas dia ditangkap akibat dadah. Malah, kisahnya semakin diperkatakan ramai selepas timbul isu video yang memuatkan rakaman dia dipaksa menyanyi sewaktu ditahan di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Namun, isu memuat naik rakaman video itu reda selepas Zamani menyatakan dia memaafkan pihak yang terlibat isu tersebut.

Di samping isu video Zamani, apa yang masih menimbulkan tanda tanya pada ramai peminat apabila pencipta dan penggubah lagu terkenal, Saari Amri, 49, memuat naik satu status di laman Twitter, pada minggu lalu.

Menerusi laman sosial itu, Saari menulis kenyataan merujuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza tahu punca Zamani terlibat dengan gejala penangihan dadah.

Mengulas mengenai status itu, pencipta lagu Gerimis Mengundang ini memberitahu dia tidak berniat mencetuskan apa-apa isu sebaliknya sebagai antara sahabat yang rapat dengan Zamani, dia berasa simpati dengan nasib yang menimpa vokalis kumpulan Slam itu.

Katanya, dia pernah menasihatkan Zamani agar melupakan tentang kisah silamnya dengan Siti dan terus menjalani hidup dengan sempurna.

"Saya kenal Zamani sejak dari awal dia mula menyanyi. Dia pun banyak menyanyikan lagu-lagu ciptaan saya dan kami memang rapat malah, saya sering juga banyak menghabiskan masa dengan dia.

"Pernah satu ketika saya bertanyakan pada dia mengapa dia jadi begitu dan saya nasihatkan dia supaya melupakan Siti dan menjalani hidup dengan lebih baik tetapi Zamani seorang yang sangat setia.

"Jadi, apabila berita penangkapannya tersebar, saya berasa kasihan dengannya dan atas sebab itu saya 'tweet' sekadar mahu meluahkan rasa simpati dan meluahkan apa yang betul.

"Sebenarnya ramai juga kenalan yang tahu tentang perkara itu tapi itu kisah lama. Tiada niat saya nak bangkitkan atau timbulkan apa-apa isu," katanya ketika dihubungi Malaysian Digest.

Saari sebelum ini cukup dikenali menerusi lagu-lagu lain ciptaannya yang popular seperti Lena Diulit Intan nyanyian Wings, Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan), Di Sana Menanti Di Sini Menunggu (UK's), Butakah Cinta (Spring), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Penantian (Black Rose), Sesat Dalam Rindu (Damasutra) dan Rambulan Kesiangan (Razzi Rahman).

Dedah Saari lagi, dia sebenarnya ada menulis sebuah lagu berjudul Lahirmu Untuk Dia dan lagu tersebut berkaitan dengan kisah hidup Zamani. Sepatutnya, lagu itu sudah hampir dirakamkan tetapi ekoran penangkapan penyanyi itu, Saari terpaksa memberikan lagu itu kepada penyanyi lain.

"Saya pernah bagi dia dengar lagu itu dan sepatutnya hampir dirakamkan. Lagu itu memang tentang kisah hidup dia tetapi apabila sudah jadi begini, saya berikan lagu itu kepada Aris Ariwatan untuk menyanyikannya dan lagu itu akan dimuatkan dalam album terbaru untuk projek khas yang sedang saya usahakan sekarang.

Bercerita lanjut tentang projek khas tersebut, Saari menyatakan dia sedang menyiapkan album untuk satu projek amal dalam misi membantu balu-balu anggota polis yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sekitar tahun 2013.

Album berjudul Ibarat Lilin Saari Amri itu memuatkan sebanyak tujuh lagu baru dan 21 koleksi lagu hits ciptaannya. Antara penyanyi yang terlibat seperti Aris Ariwatan, Keena (Mentor) dan turut melibatkan tiga anggota polis untuk menyanyikan antara lagu baru dalam album tersebut.

"Saya sedang menyiapkan album projek khas. Mengikut perancangan, sebanyak 70% daripada hasil jualan album ini akan disumbangkan kepada tujuh balu anggota polis yang terkorban dalam insiden di Lahad Datu.

"Album ini akan dilancarkan dalam masa terdekat ini. Sekarang ini tinggal hanya hanya proses kulit album sahaja.

"Selain Aris Ariwatan, penyanyi lain yang terlibat seperti Keena (Mentor3). Pelakon dan penyanyi Kaza juga turut terlibat, dia merakamkan semula lagu Madah Berhelah dengan susunan muzik yang baru. Selain itu tiga anggota polis juga ada menyanyikan lagu untuk album ini", katanya.

- mD

Perogol bersiri bernafsu pelik kembali mengganas

$
0
0
Nakhon Pathom: Perogol bersiri yang memiliki nafsu terhadap wanita warga emas menyerang lagi untuk kali ke-10, kata polis semalam.

Mangsa terbaru lelaki misteri itu ialah wanita berusia 73 tahun.

Penolong Pesuruhjaya Polis Thailand, Sopon Pisuttiwong berkata, lelaki terbabit juga melarikan beberapa barangan berharga milik mangsa.

“Polis akan mengepung kawasan sekitar 10 kilometer dari tempat mangsa terbaru itu diserang dan yakin suspek dapat ditangkap tidak lama lagi,”
katanya di sidang media semalam.

Sebelum ini polis mendedahkan memburu perogol bersiri yang menyasarkan wanita warga emas untuk memuaskan nafsunya.

Kata polis, hampir semua mangsa berusia 70-an dan dua daripada mereka mati dibunuh.

Sopon berkata, polis yakin dapat menangkap suspek kerana bukti terbaru menunjukkan lelaki terbabit semakin hampir dikesan.

Dalam kejadian terbaru semalam, anak lelaki mangsa berkata, dia tidur di sawah 300 meter dari rumahnya dan terkejut apabila mendapati ibunya keluar dari rumah sambil menangis.

Ibu mangsa memberitahu seorang lelaki memecah masuk ke rumah dan mengacukan pisau sebelum merogolnya.

Penyerang turut mencuri barang berharga dan membunuh anjing mereka dengan racun. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26552#sthash.bY7vrCwC.dpuf

Cabul: Jiran jolok kemaluan anak dengan jari

$
0
0
PERMATANG PAUH 26 Jan. – Seorang suri rumah mendakwa anak perempuannya berusia enam tahun dicabul oleh jirannya di Taman Kurau Jaya, Kuala Kurau, Perak.

Soon Mooi Choo, 40, mendakwa kejadian tersebut berlaku pada 21 Januari lalu semasa anaknya dipanggil oleh seorang lelaki yang dikenalinya.
Katanya, kejadian berlaku ketika anaknya itu bermain di luar rumah.

“Anak saya pergi mengikut seorang lelaki yang saya kenali ke rumahnya. Selepas beberapa minit, anak saya pulang ke rumah dan saya menyuruhnya mandi.

“Ketika anak saya menanggalkan pakaian dalamnya, saya dapati terdapat tompokan darah pada seluar dalam anak saya dan dia beritahu saya yang lelaki tersebut memasukkan jari ke dalam kema­luannya,” katanya dalam sidang akhbar di Hospital Seberang Jaya, di sini hari ini.

Ekoran kejadian itu, Mooi Choo membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Kurau.

“Saya ketika itu sangat takut kerana jarak di antara rumah saya dengan rumah lelaki tersebut dekat. Saya bimbang perkara ini berulang.

“Dalam keadaan buntu pada ketika itu, saya membuat dua kali laporan polis, namun kedua-dua saya tarik balik kemudiannya,” ujar wanita tersebut.

Bagaimanapun katanya, atas nasihat saudara, dia membuat laporan polis semula di Balai Polis Seberang Jaya pada 23 Januari lalu.

Menurut Mooi Choo, anaknya kini mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd. Noor ketika dihubungi berkata pihaknya ada menerima laporan mengenai kejadian itu 23 Januari lalu.

“Oleh kerana laporan mangsa dibuat awal di Kuala Kurau, pihak kami akan merujuk dengan pihak berkuasa di sana,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/suri-rumah-dakwa-anak-dicabul-jiran-1.52929#sthash.1afK9sFx.dpuf

Bertudung tapi macam pelacur!

$
0
0
MEMANG agak kasar tajuk di atas tapi kalau tak disergah kami bimbang gadis bertudung di negara ini makin hanyut terbabas, seperti contoh di atas.

Agaknya apa yang bermain dalam minda gadis-gadis ini tatkala menyarung tshirt gambar separuh bogel ni ya?

Takde langsung sifat malu ke pakai macam tu, dah elok-elok berhijab tapi pakai pulak baju yang memaparkan imej wanita berbikini.

Walaupun secara teknikal bukan mereka yang pakai bikini, tapi ilusi daripada baju tu boleh memberikan gambaran seolah-olah mereka berpakaian seksi semacam itu!


Kan, tak pasal-pasal ada orang tweet menunjukkan betapa dangkalnya pemikiran anak muda masa kini yang rela ‘diperbodohkan’ demi mengikut fesyen, tanpa memikirkan baik buruk daripada perbuatan mereka itu.

Lebih memalukan tweet itu datangnya dari seseorang yang bukan beragama Islam yang menegur sikap itu sambil mengaitkannya dengan Islam.

Diharapkan selepas ni para wanita terutama kaum muslimah lebih hati-hati dalam menggayakan sebarang pakaian.

Sebelum keluar rumah tengok-tengok cermin dulu ya, pastikan maruah diri turut melekat pada baju yang dipakai! -MYNEWSHUB.CC

Foto separuh bogel mandi laut tersebar

$
0
0
DIA buat lagi dah!

Hai memang tak serik-serik nampaknya penyanyi kontroversi Miley Cyrus ni.

Terbaharu, gambarnya ketika sedang bercuti di pusat peranginan di kepulauan Hawaii dalam keadaan payudara terdedah tersebar dan menjadi topik utama kebanyakan media hiburan antarabangsa.

Turut sama dalam percutian itu ialah teman lelakinya, Patrick Schwarzenegger yang merupakan anak kepada aktor terkenal, Arnold Schwarzenegger.

Miley sebelum ini memang hangat dengan pelbagai kisah kontroversi apabila dia kelihatan terlalu ‘try hard’ untuk membuang imej gadis baik (girl next door) yang pernah dibawakannya menerusi drama bersiri Hannah Montana.

Apa sahaja yang tak pernah dilakukannya.. bergambar bogel sudah, menyokong kempen ‘free the nipple’ sudah, lepas ni apa lagi tindakan gila akan cuba dibuat anak Billy Ray Cyrus ni ya? -MYNEWSHUB.CC

Wanita ramai anak kuat seks?

$
0
0
Sekadar gambar hiasan
PANDANGAN klise masyarakat yang mengaitkan pasangan mempunyai anak ramai seringkali ditafsirkan sebagai individu yang kuat seks adalah tidak tepat.

Malah, mengaitkan wanita yang melahirkan ramai anak sebagai orang yang kuat seks dan menerima kepuasan seks di tahap maksimum juga bukanlah satu kenyataan yang benar bagi menjadi kayu pengukur kepada tahap perlakuan seksual seseorang.

Menurut Perunding Urologi, Profesor Madya George Lee Eng Geap, anak ramai bukanlah petunjuk bahawa individu berkenaan ialah seorang yang kuat seks atau mendapat kepuasan seks yang tinggi, tetapi menandakan bahawa individu berkenaan adalah seorang yang subur.

Beliau berkata, faktor kesuburan juga tidak menunjukkan seseorang itu mendapatkan kepuasan seks yang maksimum sebaik apabila mereka mengandung.

Ini bermakna, biarpun golongan ini subur, tetapi itu tidak menjadikan mereka mendapat kepuasan seks yang maksimum sehingga menyebabkan mereka mengandung.

Ini juga adalah satu kenyataan yang perlu diperhalusi, iaitu tidak semestinya apabila seseorang wanita itu mengandung, ini bermakna dia telah menerima kepuasan seks yang maksimum daripada pasangannya.

“Kedua-dua kenyataan ini memang tiada bersangkutan dengan tahap kepuasan seks wanita. Malahan apabila seorang wanita mengandung mereka pasti akan mengalami rasa penat dan kesakitan dan mana mungkin mereka merasa kenikmatan seks.

“Kajian juga menunjukkan hampir 30 peratus daripada golongan wanita tidak mencapai tahap orgasm ketika melakukan hubungan kelamin bersama pasangan dalam kehidupan mereka tetapi mereka tetap mengandung, dan tidak semestinya apabila tidak mencapai tahap klimaks mereka tidak akan mengandung.

“Ini kerana mengandung bersangkutan dengan sperma yang dipancarkan oleh lelaki ke dalam vagina dan rahim wanita dan tiada kaitan dengan tahap kepuasan seks mahupun keghairahan melampau seksual seseorang,” jelasnya.
Dalam pada itu George berkata, ramai dalam kalangan masyarakat dahulu yang mempunyai anak yang ramai berbanding sekarang.

Salah satu penyebab kepada keadaan berkenaan, berdasarkan kepada kajian menunjukkan kandungan sperma lelaki pada hari ini kurang subur. Kajian dilakukan berdasarkan kepada perolehan sperma yang diterima daripada lelaki sempena kempen pendermaan sperma.

Sperma yang kurang subur, diakibatkan oleh faktor persekitaran dan pemakanan serta gaya hidup hari ini yang menyebabkan golongan ini sudah mula tidak terangsang dengan seks.

“Lagi satu cara hidup golongan lelaki sekarang sudah berlainan kerana banyak aktiviti lain yang dilakukan seperti beriadah, bermain komputer dan sebagainya menyebabkan mereka kurang melibatkan diri dengan aktiviti seksual bersama pasangan.

“Tambahan pula golongan wanita juga berkahwin lambat dewasa ini, kerana masing-masing sudah mempunyai kerjaya profesional. Apabila berkahwin lambat golongan ini semakin menurun kesuburannya berbanding anak gadis zaman dahulu yang berkahwin sewaktu usia muda,” katanya.

Dalam pada itu dia menjelaskan, pemikiran generasi sekarang dan tanggapan mereka terhadap anak adalah berbeza kerana dahulu ibu bapa menganggap anak umpama ‘aset’ kepada mereka untuk bekalan di hari tua, berbanding hari ini yang segala-galanya memerlukan kos bagi menampung keperluan anak-anak yang semakin meningkat.

- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/wanita-anak-ramai-kuat-seks-1.53077#sthash.wMd6J00A.dpuf
Viewing all 9129 articles
Browse latest View live