Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all 9129 articles
Browse latest View live

Nik Aziz Tahajjud Di ICU – Sepupu Dasuki Bongkar Kisah Karut Yang Tersebar

$
0
0
Komen Abu Aqif: Posting saya sebelum ini (baca di sini) mengundang kemarahan pengikut TG Nik Aziz yang terlalu taksub dan terlalu percaya dengan kisah karut dan tahyul. Walaupun sudah diberikan beberapa fakta dan kisah Nabi sallallahu alaihi wassalam yang juga sakit seperti manusia lain, namun semua ini tidak lut untuk mengubah pendirian taasub pengikut TG Nik Aziz. Rata-rata mengambil kisah itu secara membuta tuli tanpa memeriksa kesahihan cerita karut tersebut.

Kisah karut ini dikatakan disebarkan oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani beserta dengan bukti audio sekali.

Qadarallahu masya fa’ala, tidak sampai beberapa jam, kisah karut ini terbongkar. Lebih menarik, kisah karut ini dibongkar sendiri oleh sepupu beliau iaitu Mohd Sabri Salleh.

Tidak perlulah saya menulis panjang. Apa yang saya mahu highlight di sini adalah kisah TG Nik Aziz yang mampu mengambil wuduk, tahajjud jam 4 pagi, konsisten dengan solat 5 waktu, minum air teh, berbual sebelum dan sesudah solat walaupun telah disuntik dengan ubat tidur yang paling kuat adalah palsu semata-mata.

Kisah tersebut terbukti karut lagi tahyul. Persoalannya, bagaimana seorang yang ber-titleustaz mampu untuk menyebarkan cerita karut, tahyul bahkan palsu ini kepada pengikutnya tanpa rasa bersalah?

Bagaimana dengan kisah² karut dan tahyul yang lain berkaitan dengan TG Nik Aziz yang masih berlegar di dalam masyarakat kita? Saya pasti dan yakin cerita dan kisah² itu juga adalah palsu.

Kami rakyat Malaysia tidak mahu lagi cerita atau kisah² karut dan tahyul seperti ini disebarkan lagi. Ianya sungguh membuang masa dan tidak berfaedah juga merendahkan minda. Lebih malang, akidah kita juga akan rosak dan bertambah buruk jika kita juga menjadi agen penyebar cerita dan kisah karut dan tahyul seperti ini. Mungkin ada saham yang tidak baik disitu yang akan dihisab di akhirat kelak
Allahu musta’an…

1

2

3

4

5


6




'Kau dah beromen Dengan Laki Aku!' video viral di internet

$
0
0
Video seorang wanita umur pertengahan tahun bertindak membelasah seorang wanita warga Indonesia menjadi viral di laman Facebook.

Difahamkan, ‘minah Indon’ berkenaan menjadi punca pada keretakan rumah tangga wanita itu. Namun, ‘minah Indon’ itu menafikan dakwaan tersebut.

Enggan mempercayai kata-kata orang yang menyebabkan rumah tangganya musnah itu, wanita terbabit terus menerus memaki hamun, marah dan sesekali menampar muka minah Indon terbabit apabila dia mempunyai peluang untuk berbuat demikian.

Suaminya cuba meleraikan isterinya dari terus membelasah wanita itu, namun gagal apabila isterinya lebih menguasai keadaan.

Orang ramai yang melihat kejadian itu turut terpaku seketika dan tidak mampu berbuat apa-apa selain dari membiarkan wanita itu membelasah orang ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangga si isteri berkenaan.

Si isteri yang marah mendakwa dia mempunyai banyak bukti yang membuktikan wanita itu bermain cinta dengan suaminya. Dia juga mendakwa wanita itu telah bersekedudukan dengan suaminya dan mahu mengheret wanita itu ke balai.


Sumber: My Media Hub

(Video) Tali bikini terlondeh di atas pentas...

$
0
0
Aduhai, tak dapat dibayangkan betapa malunya kalau berada di tempat peserta Miss California, Chanelle Riggan ini!

Langkah dan senyuman yang sudah diatur dengan begitu baik tiba-tiba berterabur apabila bikini yang dipakainya untuk sesi pakaian mandi tiba-tiba tertanggal sekaligus mendedahkan payudaranya.

Insiden itu bukan sahaja mengejutkan Chanelle, tetapi juga penonton yang tidak menyangka akan menyaksikan sesuatu di luar jangkaan mereka.

Biarpun hampir tergelincir, dia tetap profesional dan meneruskan langkahnya sambil memegang tali baju dalamnya.

Penonton juga turut bersorak bagi memberi semangat kepada Chanelle.

Walaupun berdepan dengan detik memalukan itu, dia berjaya melepasi peringkat tersebut dengan mendapat tempat keempat.

Jom saksikan! – MYNEWSHUB.CC

Malang gadis dicabul ‘tukang paip’

$
0
0
Kuala Lumpur: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun menempuh detik hitam apabila dicabul seorang ‘tukang paip’ dalam kejadian di sebuah kondominium di Bukit Jalil, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 petang itu, suspek berusia 20-an dilapor menyamar sebagai tukang paip dengan mengenakan pakaian hampir sama digunakan pekerja pengurusan kondominium itu.

Harian Metro difahamkan, suspek terlebih dulu ‘mencuri’ maklumat mengenai penduduk kondominium itu sebelum melakukan penyamaran.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya menyiasat laporan polis yang dibuat remaja terbabit di Balai Polis Bukit Jalil itu mengikut Seksyen 377c Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal mendapati ibu mangsa membuat aduan kepada pihak pengurusan kondominium itu kerana paip rumahnya mengalami masalah minggu lalu, tetapi pihak pengurusan memberitahu mereka tidak menghantar tukang paip termasuk pada hari kejadian,” katanya, semalam.

Zainuddin berkata, bagaimanapun remaja terbabit yang bersendirian di rumahnya didatangi seorang tukang paip.

“Disebabkan rumahnya memang ada masalah paip, remaja terbabit tidak curiga dan membenarkan lelaki itu masuk.

“Selepas memasuki, suspek menarik tangan mangsa dan mengheretnya ke dalam sebuah bilik sebelum mencabul remaja itu,” katanya.

Menurutnya, suspek melarikan diri selepas selesai melempiaskan nafsu.

Beliau berkata, mangsa memaklumkan kejadian itu kepada ibunya sebelum dia dibawa ke balai polis berhampiran.

“Mangsa sudah dirujukkan ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan dan diberikan rawatan lanjut.

“Polis berusaha mengenal pasti suspek dan usaha mengesannya dilakukan,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27159#sthash.D5pGwI1n.dpuf

Adik Neelofa terlanjur....

$
0
0
Salah satu perkara yang menjadi topik bualan ramai apabila Neelofa memuatnaik gambar ubun-ubun kepalanya dipegang oleh bapa saudaranya ialah komen yang dikeluarkan oleh adiknya, Ameera. Komen tersebut memang agak kasar dan mengejutkan orang ramai yang membacanya. Mana tidaknya, ramai yang tak menyangka gadis berwajah lembut seperti Ameera sanggup mengeluarkan kata-kata maki hamun yang amat kesat. Abang Nara pun terkejut sebenarnya.



Antara komen-komen yang ditujukan kepada Ameera selepas komen tersebut dimuatnaik ialah ‘muka cun, tapi perangai tak cun‘, ‘perangai pun kenalah secantik wajah‘ dan ‘tak sangka Ameera sanggup cakap macam ini‘. Buat yang terlepas pandang, berikut ialah komen adik Neelofa.

Secara jujur, Abang Nara pun akan bengang sekiranya kakak sendiri dikutuk habis-habisan kerana sekeping gambar. Stress pun ada jugak. Lagipun Ameera baru berusia 14 tahun. Orang muda memang darah menggelegak sikit. Menyedari kesilapannya, Ameera telah membuang komen tersebut dan kini tampil dengan permohonan maaf yang panjang lebar.


Bukan mudah mengakui kesilapan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi, namun itulah yang telah ditulis oleh Ameera di dalam permohonan maafnya. Semoga perkara yang sama tidak berulang lagi. Memang tak molek sebenarnya lebih-lebih lagi apabila anda merupakan seorang adik kepada selebriti popular. Apa pun, jadikan ini semua sebagai pengajaran. Tahniah kerana mengakui kesilapan anda.

Beautiful Nara

Bekas pengacara TV3, Aziz Desa kini terlantar di hospital

$
0
0
Bekas wartawan Berita Harian (BH) dan bekas pengacara TV3, Aziz Desa kini terlantar di Hospital Langkawi akibat masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis.
LANGKAWI: Bekas wartawan Berita Harian (BH) dan bekas pengacara TV3, Aziz Desa kini terlantar di Hospital Langkawi akibat masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis.

Aziz atau nama sebenar Abdul Azid, 50, dimasukkan ke hospital berkenaan kali kedua sejak dua hari lalu selepas pengsan di rumah adiknya di Kampung Bayas, di sini.

Ketika ditemui, Aziz berkata, doktor mengesahkan masalah buah pinggangnya pada tahap serius dan sedang menunggu ujian darah sebelum menjalani proses heamodialisis dalam tempoh terdekat.

Budak darjah enam sembunyi dirogol

$
0
0
SELANDAR - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang cuba merahsiakan dia dirogol akhirnya terbongkar apabila dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapat rawatan lanjut semalam.

Difahamkan sebelum kejadian mangsa yang bakal menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini mengadu mengalami sakit perut ketika di sekolah sebelum pihak sekolah membawanya untuk mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Selandar.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superitenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu kelmarin.

Menurutnya dalam laporan itu, mangsa yang berusia 12 mendakwa dirogol seorang lelaki berusia 63 tahun yang dikenali sebagai datuk tiri mangsa.

“Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan mangsa disahkan mengandung 7 bulan,” katanya.

Hasil daripada laporan itu polis menahan seorang warga emas di kediamannya di Selandar pada hari sama laporan diterima.

Anak sulung Awie dakwa Rozana penipu

$
0
0
Semakin hari semakin panas perkembangan mengenai Awie dan juga Rozana Misbun dan kini, anak sulung Awie sendiri, Aleeya Antasha mendakwa apa yang dikatakan oleh ibunya itu kepada pihak media adalah penipuan semata-mata.


Menurut status Aleeya di laman sosial yang turut mendakwa mendapat layanan yang berbeza selaku anak, dia bersedia dan sanggup untuk menjadi saksi di mahkamah kerana dia percaya ayahnya itu tidak bersalah seperti yang ‘dicanang’ Rozana.

Puteri Aleeya Antasha merupakan anak sulung Awie, hasil perkongsian hidup bersama penyanyi dan pelakon Arni Nazira. (rtky/syfq)

Harga petrol, diesel turun lagi esok

$
0
0
PUTRAJAYA: Kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON95 diturunkan sebanyak 21 sen seliter kepada RM1.70 seliter mulai esok mengikut kaedah pengapungan terkawal.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, berkata harga runcit petrol RON97 pula diturunkan sebanyak 11 sen seliter kepada RM2 seliter.

"Diesel pula diturunkan sebanyak 23 sen seliter kepada RM1.70 seliter," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Hasan berkata, harga itu adalah bagi bulan Februari dan kerajaan akan sentiasa mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan berikutnya.

"Semua syarikat minyak serta pengusaha stesen minyak diingatkan agar mematuhi penetapan harga baharu ini," katanya.

'Dahaga batin' RM50

$
0
0
Sebuah pusat hiburan di Selayang dikesan mengumpan gadis muda yang berpakaian seksi bagi menarik perhatian lelaki hidung belang untuk menghilangkan 'dahaga batin'.

Difahamkan, gadis muda warga asing ini akan mengenakan bayaran antara RM50 hingga RM200 untuk menemani pelanggan dan turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan jika bayaran yang ditawarkan kena pada harganya.

Bagaimanapun, tembelang itu terbongkar apabila 12 daripada mereka ditahan dalam Operasi Ops Sayang dan Ops Selera yang diadakan Jabatan Imigresen Selangor bermula 11 malam dan berakhir jam 4.30 pagi.

Pengarah Jabatan Imigresen Selangor Amran Ahmad berkata, seramai 44 warga asing ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah selain dikesan melakukan pelbagai kesalahan imigresen lain.

Menurutnya, operasi dijalankan hasil daripada aduan orang ramai mengenai kebanjiran warga asing yang menjalankan aktiviti tidak bermoral di empat lokasi di sekitar Puchong, Selayang dan Subang Jaya.


- Harian Metro

Separuh bogel dalam teksi

$
0
0
Segamat: Orang ramai yang berurusan di sekitar Jalan Ros, di sini, semalam gempar apabila melihat seorang lelaki berlari dalam keadaan separuh bogel sebelum masuk ke dalam sebuah teksi sedang parkir dan menguncinya.

Saksi kejadian yang juga pemandu teksi dikenali sebagai Tan, 50-an berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, dia bersama beberapa rakan pemandu lain berada di hentian teksi berhampiran sebuah pusat beli-belah sambil menunggu pelanggan.

Menurutnya, kemudiannya dia ternampak seorang lelaki yang hanya memakai seluar dalam tanpa baju berlari sambil dikejar sekumpulan lelaki.

Katanya, apabila tiba di hentian teksi itu lelaki berkenaan bertindak masuk ke tempat duduk belakang kenderaan rakannya dan mengunci pintu.

“Kemudiannya dia didatangi seorang lelaki berusia 30-an yang turut membawa sebatang besi paip dan mendakwa lelaki dikejar itu membuat onar dengan isterinya di sebuah bilik hotel berhampiran.

“Seorang daripada kumpulan lelaki yang mengejarnya bertindak menghubungi polis selepas mendapatinya bersembunyi dalam teksi terbabit,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27990#sthash.WjG8WG8C.dpuf

(Foto) Mas Idayu seksi berjogging dengan baju singlet nipis

$
0
0
#Wow... seksi sungguh pemakaian Mas Idayu ketika berjogging bersama dengan protegenya. Hampir <terbeliak mata kami dibuatnya.

#Bagi kami, tak salah Mas Idayu meluangkan masa untuk bersantai dengan protege bagi mengeratkan hubungan agar perasaan segan protege boleh diatasi.

Betul tak? Mari saksikan 6 keping gambar Mas Idayu hanya pakai singlet nipis jogging dengan protege kat

Mentor Legend baru sahaja nak bermula, tetapi Murai Baru dengar-dengar cerita, ada seorang Mentor ini menyesal kerana salah pilih protege dia.

Setelah menjalani beberapa latihan dan suai kenal dengan lebih mendalam, rupa-rupanya protege yang dipilih mentor itu berkepala besar, ‘attitude’ dan perasan bagus.





Nak dijadikan cerita, Mentor ini sebenarnya telah termakan nasihat rerakan Mentor yang lain memberi pendapat bahawa protege yang dia pilih itu bagus, baik dan berbakat.

Nampak tak permainan mereka nak kenakan sesama sendiri, ingatkan nak beri nasihat secara ikhlas tetapi sebenarnya ada udang di sebalik batu.

Mentor ini juga dikatakan mahu battle semula dan nak pilih protege lain yang boleh merangkul gelaran juara.

Bagi Murai Batu, sabarlah wahai Mentor itu, harap-harap lepas ni kenalah berhati-hati sebelum membuat keputusan. Kelak nanti makan diri.

MURAI BATU: Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa. KORANG RASA SAPE MENTOR TU ???





Admin: Yang pasti mummy mas idayu ratu gelek terpinggir menten bahagia dgn protegee...siap masak ..jogging together2 lagi.


Pasangan suami dan isteri orang bersekedudukan dicekup kali kedua

$
0
0
WANITA yang dicekup berkhalwat disoal siasat anggota penguat kuasa PADKP.
Jitra: Tindakan sepasang kekasih yang juga suami dan isteri orang memadu asmara membawa padah apabila mereka dicekup buat kali kedua kerana melakukan kesalahan sama di rumah yang baru disewa di Kampung Tok Kesop, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 1.30 pagi, pasangan berusia 25 dan 29 tahun itu dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), selepas mengesyaki mereka bersekedudukan.

Sebelum ini, pasangan itu pernah ditahan kerana disyaki berkhalwat di rumah di kawasan perumahan di Kamunting, dekat sini, pada jam 11.45 malam pada 7 Januari lalu.

Ketika tangkapan itu dilakukan, dua anak wanita terbabit iaitu bayi lelaki berusia tujuh bulan dan kanak-kanak dua tahun turut berada di rumah itu.
Bagaimanapun, dua anak wanita itu diambil ahli keluarganya untuk dipelihara menyebabkan pasangan berkenaan mengambil kesempatan untuk menyewa di rumah lain.

Namun, mereka dicekup sekali lagi kerana berkhalwat selepas tindakan tinggal bersama di rumah itu menimbulkan curiga kepada orang ramai yang membuat aduan kepada pihak PADKP untuk tindakan lanjut.

Pegawai PADK Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi berkenaan untuk membuat pemeriksaan dan mendapati keadaan pintu rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang memakai kemeja-T dan berkain pelekat membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27970#sthash.I0l0XVty.dpuf

Kegilaan seks paling pelik wanita Amerika

$
0
0
Menurut kajian, seramai 40 peratus wanita mengaku memiliki sekurang-kurangnya satu alatan seks dan 4.5 peratus mempunyai enam atau lebih.

Kajian terhadap lebih 1,000 perempuan Amerika Syarikat juga mendapati 87 peratus golongan itu lebih gemar membeli alatan seks berbanding bahan lucah atau pakaian dalam seksi.

Industri seks juga sedang berkembang pesat di negara itu dan dianggarkan bernilai AS$15 bilion, menurut Time, yang memetik AlterNet.

Keadaan itu mendorong pelabur berlumba-lumba menghasilkan alatan paling “kreatif” untuk menarik pelanggan.

Hasil kegilaan itu, kini tercipta pelbagai alatan yang pelik, antaranya seperti berikut:

1. 'Ekor kucing'. Ekor dengan bahagian pangkal bersaiz 7.5 x 3.3 x 3cm itu bertujuan mencetuskan sensasi seks anal. Dengan ekor sepanjang 60cm, ia meletakkan huraian mengaitkannya dengan liar seekor kucing.

2. Karung penutup badan kain ketat spandeks. Ia yang menutup seluruh kepada hingga tapak kaki. Laman Sub Slave menghuraikannya sebagai sesuai untuk “latihan hamba”.

3. Sarung tangan ElectroSex. Ia bertujuan merangsang tubuh badan manusia ketika perhubungan seksual.

4. Selaput dara tiruan. Ia dicipta kerana ia melambangkan kesucian seorang gadis dan di sesetengah tempat ia boleh menentukan hidup atau matinya seorang perempuan. Tidak perlu lagi pembedahan, kini ia dapat dipakai dengan mudah di kemaluan dan memberikan fungsi yang sama.

5. Botol bau ketiak pelajar sekolah di Jepun. Ia dikatakan boleh digunakan oleh terhadap pasangan, patung, pakaian dan lain-lain. Bau itu dikatakan dapat merangsang nafsu seks.

6. Kemaluan palsu lelaki berserta badan separuh. Tidak seperti alat klasik jenis itu, ia kini turut memuatkan bahagian dada dan perut lelaki, yang dibentuk sebagai lelaki sasa. Badan itu direka untuk dapat dipegang golongan wanita ketika berahi.

7. Penggetar emas. Ia disalut emas 24 karat. Dikenali sebagai “Inez”, ia dikatakan sebagai penggetar paling eksklusif prenah dicipta. Ia dijual dengan harga AS$15,000 (RM54,500). Jika tidak mampu, jangan bimbang, ada juga penggetar perak yang harganya murah sekali ganda.

(Foto) Penuntut UITM Maut Dikelar Teman Lelaki Semasa Memandu

$
0
0
BUKIT GANTANG: Seorang penuntut wanita sebuah UITM Pulau Pinang telah meninggal selepas dikelar di leher dalam satu kejadian di lebuhraya PLUS KM 228.2 Menghala Selatan di sini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 11.55 pagi itu, mangsa Nursyuhada Bt Johari, 17, pelajar tahun pertama 1 di UITM Permatang Pauh yang memandu sebuah kereta Proton Perdana warna hitam telah ditemui oleh seorang penunggang motosikal yang sedang melalui kawasan terbabit.

Menurut saksi kejadian, Md IKhbal B Ahmad, mangsa dilihat telah keluar daripada kereta melalui pintu pemandu dan jatuh ke atas jalan dengan seorang lelaki keluar daripada kereta sambil menarik mangsa ke tepi.

"Selepas menyedari kehadiran saksi dan orang ramai yang berhenti untuk membantu suspek tersebut telah cuba melarikan diri masuk ke dalam hutan.

"Semasa mendekati mangsa saya telah melihat ada kesan kerah pada lehernya dan tiba-tiba suspek muncul kembali untuk mendapatkan telefon bimbit yang ada di dalam kereta.

"Suspek telah berkata minta maaf dia telah buat silap dan juga berkaka dia tak mampus lagi ke ?!'," cerita saksi.

Menyedari kehadiran kembali suspek orang ramai telah menangkapnya dan menyerahkannya kepada pihak polis.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar dengan ambulan pukul 2.00 petang dan disahkan meninggal di Hospital.

Menurut jurucakap pihak polis ASP Rahimi B Abdul Rahman, siasatan awal, suspek, Syarafi B Abu, 24, yang bekerja sebagai tukang masak di Melaka dikatakan mempunyai masalah mental dan juga merupakan teman lelaki mangsa.

Pihak polis menemui sebilah pisau lipat yang digunakan suspek telah dibuang di bawah bukit tepi lebuhraya.

Kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dengan niat yang boleh dijatuhkan hukuman hukuman gantung sehingga mati mandatori. - Siakapkeli.com.my

Wajah Nursyuhada Johari, penuntut UITM dikelar teman lelaki didedahkan

$
0
0
TAIPING 2 Feb. - Masalah hubungan cinta dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang maut dalam keadaan menyedihkan apabila lehernya dipercayai dikelar oleh teman lelakinya hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari di Kilometer 228.2, Le­buh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang di sini, mangsa, Nursyuhada Johari, 20, disahkan meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kangsar.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan teman lelakinya berusia 25 tahun, menaiki kereta jenis Proton Perdana menghala arah selatan.

Menurut beliau, sebelum kejadian, terdapat saksi melihat pasangan tersebut bertengkar di dalam kenderaan berkenaan sebelum kereta itu berhenti.

“Saksi kemudiannya melihat seorang perempuan keluar dari tempat duduk pemandu dan terjatuh ke atas lebuh raya. Seorang penumpang lelaki kemudian keluar dan cuba menarik gadis terbabit ke kiri jalan.

“Kejadian itu menarik perhatian pengguna lebuh raya lain yang turut berhenti untuk membantu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ismail memberitahu, selepas menarik mangsa, lelaki berkenaan mela­rikan diri ke hutan berhampiran, namun datang semula ke lokasi kejadian untuk mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal di dalam kereta.

Ujarnya, orang ramai yang menyedari kejadian itu bertindak memberkas suspek dan menyerahkannya kepada polis.

Tambahnya, punca sebenar mangsa dikelar masih dalam siasatan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada masalah percintaan.

“Pemeriksaan di tempat kejadian menemukan sebilah pisau lipat yang dipercayai dibuang oleh suspek di bawah bukit di tepi lebuh raya berkenaan.

“Kita masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya yang turut mengesahkan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Ke­seksaan.

Sementara itu menurut saksi kejadian yang merupakan ejen insurans, dia mendengar suspek berkata ‘tak mampus lagi ke?’ selepas ternampak seorang perempuan keluar dari tempat pemandu kereta Proton Perdana di lorong kiri lebuh raya,

Katanya, selepas itu dia melihat seorang lelaki keluar dari kereta dan menarik mangsa ke tepi besi penghadang lalu melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

“Lelaki itu kemudiannya kembali ke tempat kejadian dan mengambil telefon bimbit di dalam kereta.

“Suspek menelefon seseorang sambil meminta maaf dengan berkata dia telah buat silap.

“Dia kemudian melihat mangsa sambil berkata: “Dia belum mampus ke?,” katanya.

Suspek dipercayai menghubungi ahli keluarganya dan memberitahu perbuatannya itu.

Menurut saksi itu lagi, lelaki tersebut kemudian cuba melarikan diri ke dalam hutan semula tetapi berjaya diberkas oleh orang ramai.

Bapa Nursyuhada akhirnya dedah punca anak dikelar leher

$
0
0
JITRA: Bapa kepada pelajar wanita yang maut akibat dikelar seorang lelaki semalam pernah membuat laporan polis mengenai anaknya yang sering diganggu lelaki itu sejak di Tingkatan Lima.

Johari Hashim berkata, pemuda berkenaan adalah rakan sekampung anaknya dan pernah meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya.

Namun beliau berkata, mereka sekeluarga menghalang hasrat pemuda itu kerana dia disyaki menagih dadah.

"Anak saya hanya berkawan biasa. Tetapi dia mahu mengadakan hubungan serius. Anak saya pernah beritahu kami, lelaki itu selalu mengganggunya. Saya pernah telefon dan hantar SMS kepada dia supaya jangan ganggu anak saya.

"Saya juga pernah membuat laporan polis empat tahun lalu. Apabila dia bekerja di Melaka, saya ingatkan dia sudah berhenti ganggu anak saya kerana anak saya tidak lagi bercerita mengenainya," katanya kepada pemberita.

Anaknya Nursyuhada, 20, penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang maut selepas dipercayai dikelar seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak semalam.

Johari berkata, namun selepas itu, anaknya memberitahu lelaki berkenaan masih mengganggunya.

Beliau berkata, keluarga pemuda itu mengetahui kelakuannya yang pernah bertindak ganas memecahkan pintu rumahnya di Taman Hosba di sini.

Beliau berkata, pemuda berkenaan pernah melarikan anaknya dengan kereta sebelum ini tetapi mereka sekeluarga menemuinya semula.
"Saya sangat terkejut apabila rakan kelas anak saya menghubungi isteri saya dan memberitahu anak saya akan dicederakan sekiranya anak saya tidak mahu menaiki kereta lelaki itu.

"Isteri saya cuba menghubunginya anak saya beberapa kali, tetapi panggilan telefonnya tidak dijawab. Saya juga menghubungi ibu bapa pemuda itu meminta mereka menghubungi anak mereka untuk membawa pulang anak saya," kata Johari.

Beliau berkata, bapa lelaki itu kemudian menghubungi anaknya dan memaklumkan kepada Johari anaknya sudah mengelar leher Nursyuhada.

Beliau juga kesal kerana lelaki itu dilapor memberitahu pihak polis bahawa dia melakukan perkara itu kerana mengalami sakit mental.

Johari berkata, kali terakhir beliau bertemu anaknya ialah pada awal bulan lalu ketika menghantar anaknya di perhentian bas Shahab Perdana, Alor Setar untuk pulang ke kampus.

Nursyuhada yang meninggal di Hospital Kuala Kangsar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan pagi tadi.

- BERNAMA

Ustaz Kazim buat laporan polis

$
0
0
IPOH: Pendakwah bebas, Datuk Mohamad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim hari ini membuat laporan di Balai Polis Manjoi di sini, berhubung penyebaran rakaman video ceramah beliau yang didakwa berbaur perkauman.

Ustaz Kazim yang membuat laporan polis pada 9.40 pagi, bagaimanapun enggan memberi kenyataan kepada pemberita selepas membuat laporan itu dengan terus beredar meninggalkan pekarangan balai polis.

Anggota beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilihat menunggu di luar pekarangan balai polis berkenaan sebagai tanda sokongan mereka kepada Ustaz Kazim.

Semalam, Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jambu, Tumpat, Kelantan, Pui Tiong Lam membuat laporan polis di Balai Polis Wakaf Bharu, Tumpat dengan mendakwa rakaman video ceramah Ustaz Kazim yang berdurasi 2 minit 27 saat itu seolah-olah mahu mengaibkan kaum Cina. - Bernama
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28331#sthash.3hIBVbmT.dpuf

Remaja perempuan ketagih porno pelik

$
0
0
London: Seorang wanita berdepan hukuman penjara selepas mengaku memiliki imej ekstrem pornografi membabitkan beberapa haiwan dan lebih 600 imej tidak senonoh kanak-kanak ketika dia berusia 17 tahun.

Amy Hickson yang kini berusia 20 tahun mengaku terhadap 13 tuduhan termasuk menghasilkan imej tidak senonoh, memiliki imej terlarang dan sebuah filem kanak-kanak.

Menurut Mahkamah Winchester Crown, Amy mengaku memiliki 16 imej pornografi haiwan yang diklasifikasikan sebagai ekstrem, jijik dan lucah.

Tambahnya lagi, imej itu menunjukkan perbuatan seks dilakukan dalam keadaan ‘jelas atau realistik.’

Amy yang berasal dari New Cheriton memilih mengaku bersalah sejurus sebelum perbicaraannya dimulakan semalam.

Semua kesalahan dilakukan antara Jun 2011 dan Februari 2013 ketika Amy masih remaja.

Pertuduhan merangkumi lapan tuduhan menghasilkan gambar tidak senonoh seorang kanak-kanak dengan satu daripada pertuduhan itu saja membabitkan 596 imej.

Satu pertuduhan disebabkan menghasilkan imej palsu tidak senonoh membabitkan kanak-kanak.

Amy turut mengaku memiliki dua lagi akaun imej tidak senonoh kanak-kanak dan dua tuduhan memiliki imej melampau membabitkan haiwan.

Foto pelakon tempatan lelaki berbogel dengan model wanita viral

$
0
0
Gambar hiasan
Seorang model dan pelakon yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini sekali lagi menggemparkan industri hiburan tanah air apabila gambarnya berbogel bersama seorang model tersebar di media sosial.

Gambar pelakon lelaki itu berbogel dan sedang duduk bersama seorang model wanita yang hanya memakai seluar dalam, kini menjadi viral dalam WhatsApp dan Facebook walaupun kesahihannya belum dapat dipastikan.

Dipercayai gambar artis lelaki yang berusia lewat 20-an itu di­am­bil kira-kira lima tahun lalu tetapi mula dimuat turun sejak beberapa minggu lalu.

Seorang kakitangan kerajaan di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Zainal, 25, berkata, gambar itu diperolehnya minggu lalu dan kini menjadi viral dalam kalangan rakan dan kumpulan WhatsApp yang disertainya.

Katanya, pada mulanya dia terkejut tetapi selepas diamati gambar berkenaan sangat mirip dengan artis lelaki berkenaan dan perkara itu turut diakui rakan yang lain.

“Saya tidak tahu mengapa gambar ini disebarkan sekarang jika betul artis berkenaan yang kurang popular terlibat kerana lakonannya tetapi isu-isu panas yang menjadi tajuk berita dirinya sebelum ini.

“Bagi menjernihkan keada­an artis lelaki berkenaan perlu tampil memberi penjelasan atau penafian. Jika tidak bersalah atau dianiaya, segera membuat laporan polis,” katanya.

Sebelum ini, artis lelaki berkenaan yang pernah menjadi pelakon tambahan dalam beberapa filem termasuk satu cerita ala gangster, kini dilihat lebih banyak berlakon sebagai pelakon tambahan dalam drama tempatan.

Malah, beberapa tahun lalu, kisah percintaannya bersama rakan artis wanita yang kini sudah bergelar isteri kepada seorang pengarah terkenal, menjadi isu panas apabila gambar bercium mereka mula tersebar di media sosial.

Selain itu, pelakon lelaki itu pernah dituduh memukul dan mencekik teman wanitanya namun dinafikannya sebelum berpisah dengan teman wanitanya itu.

Zainal berkata, dalam era internet ketika ini, penafian semata-mata tidak dapat membantu sebaliknya perlu disertakan dengan bukti dan perbuatan itu amat memalukan sebagai seorang yang beragama Islam.

Katanya, golongan artis perlu mengetahui batas-batas mereka se­bagai seorang Islam dan menjadi pelakon atau penyanyi bukan tiket untuk bebas melakukan apa sahaja kerana mereka akan menjadi ejen perosak kepada anak muda.


sumber : Utusan
Viewing all 9129 articles
Browse latest View live