Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

(Gambar) Finalis Ratu Cantik nafi foto separuh bogelnya yang tersebar

$
0
0
Mengikut perancangan, pertandingan Ratu Cantik Hong Kong akan diadakan secara format realiti tv.

Sedari awal siaran program tersebut, salah seorang daripada 20 pesertanya, Tammy Ouyang telah menerima beberapa laporan yang tidak enak oleh pihak media.

Daripada kritikan membuat pembedahan plastik hinggalah sikapnya di ruang media sosial, Tammy menjadi tumpuan media sekali lagi dengan foto separuh bogelnya pula.

Dengan aksi yang agak keterlaluan yang telah tersebar secara atas talian, foto berkenaan memperlihatkan beliau sedang dipeluk oleh 'kemungkinan-besar' teman lelakinya dari belakang.

Apabila disoal oleh pihak media semalam, Tammy menafikan gambar tersebut malah bersumpah bahawa beliau tidak bersalah.
Namun begitu, pengakuannya tidak banyak membantu untuk membersihkan semula imejnya.

Ini kerana, setelah beberapa ketika foto berkenaan tersebar, Tammy telah menulis sesuatu yang agak lucah di laman sosialnya. Beliau menulis "Do you want to kiss my ball (dadanya)?"
Respon mudah Tammy hanyalah: "Saya tahu ada yang tak dapat menerima kenyataan ini, saya akan elakkan dari melakukannya lagi.."

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129