SHAH ALAM: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kurang arif dengan Akta Pertubuhan 1966 yang diguna oleh Pertubuhan Pendaftar (ROS) bagi mengarahkan parti itu mengadakan semula pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC).
Menurut Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzon Khairuddin undang-undang berkenaan diluluskan oleh Parlimen amat berkuasa dan DAP tidak ada jalan lain melainkan patuh kepada arahan yang dikeluarkan.
Katanya, Umno parti yang telah memimpin selama puluhan tahun sebelum ini juga terpaksa akur apabila pada 1988 ROS mengharamkan parti itu apabila didapati melakukan kesalahan semasa pemilihan.
Akta yang digunakan ROS merupakan akta yang diluluskan oleh Parlimen, nampaknya Lim Guan Eng sendiri selaku ahli parlimen tidak faham akta yang diluluskan parlimen, Akta Pertubuhan.
Akta ini memang berkuasa, Umno pernah diharamkan di bawah Akta ini, tahun 1987 tidak ada sebab untuk mana-mana parti politik untuk tidak mahu memahami atau mematuhi Akta Pertubuhan yang telah diluluskan oleh Parlimen.
"Kata putusnya ada pada ROS bukan ada kepada parti politik," katanya ketika dihubungi Antarapos di sini, hari ini.
Justeru, menurut Hamidzon, tidak ada parti politik yang boleh mengingkari atau mempertikaikan arahan yang dibuat oleh ROS.
"Jadi DAP kena akur pada setiap keputusan yang telah dibuat oleh ROS tidak ada jalan lain," katanya.
ROS sebelum ini bertindak menghantar notis di bawah Seksyen 16(1) Akta Pertubuhan 1966 kepada DAP sebagai makluman ketidakpuasan dengan penjelasan DAP berhubung pemilihan CEC parti itu.
Isu pemilihan CEC ini berbangkit apabila pengiraan semula undi menunjukkan setiausaha politik Lim, Zairil Khir Johari, yang pada mulanya menerima 305 undi, meraih 803 undi.
DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng pula mempersoal peruntukan undang-undang yang diguna ROS memutuskan parti itu perlu membuat pemilihan semula CECnya.
Bagi Hamidzon, Lim sebenarnya 'bebal undang-undang' dan selaku ahli parlimen Bagan, Lim sepatutnya maklum tentang undang-undang yang telah diluluskan dalam parlimen sekaligus menjadikan kedudukan kuasa undang-undang itu lebih tinggi daripada mana-mana parti politik.
"Saya melihat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai seorang yang bebal undang-undang.
"Saya melihat ROS harus terus bertegas untuk melaksanakan akta ini kuasa yang ada padanya untuk memastikan bahawa setiap perjalanan parti politik di Malaysia adalah berlandaskan kepada undang-undang.
"Setiap arahan yang dikeluarkan oleh ROS wajib dipatuhi oleh mana-mana parti politik, DAP merupakan pertubuhan politik yang tidak lebih tinggi daripada undang-undang," katanya.
Semalam, Pendaftar ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata adalah penting bagi DAP mengadakan pemilihan CEC bagi membuktikan ketulusan kepimpinan parti yang kononnya berpegang pada janji mereka kepada umum.
Katanya lagi keputusan tersebut merupakan yang terbaik kerana mencerminkan permintaan akar umbi DAP.
Umno pada 1988 pernah diharamkan setelah 11 orang ahlinya membawa isu pemilihan 1987 sebagai tidah sah ke Mahkamah berikutan kewujudan 30 cawangan parti itu yang tidak didaftarkan.
Antarapos