![]() |
Gambar hiasan |
Shanghai Daily melaporkan, Zhang, 39 tahun, tinggal bersendirian, mendakwa seorang wanita berusia 30 an telah menggesel-geselkan payudaranya hampir satu minit ketika di dalam bas menuju daerah Huanggu, pagi Isnin minggu lepas.
Zhang juga mendakwa tindakan wanita tersebut adalah sengaja kerana pada ketika itu bas tidak sesak dengan penumpang.
Shenyang Evening News pula melaporkan, Zhang merupakan salah seorang lelaki yang mengalami masalah trauma setelah beberapa kali diperlakukan sebegitu rupa oleh wanita-wanita yang ghairah di dalam bas.
Menurut Shanghai Daily lagi, undang-undang di China tidak memperuntukan hukuman untuk wanita yang melakukan gangguan seksual terhadap lelaki.