Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

Remaja perempuan dilapor hilang dirogol sebelum ditemui

$
0
0
Gambar hiasan
GEORGETOWN: Remaja perempuan berumur 14 tahun yang dilapor hilang dari rumahnya di Sungai Ara, Bayan Lepas pada Jumaat lalu ditemui awal pagi tadi.

Dia ditemui masih dalam pakaian tidur seperti ketika dia dilapor hilang, pada jam 1 pagi oleh seorang penoreh di pinggir kebun getah, beberapa kilometer dari rumahnya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Hatta Md Zin, berkata remaja itu kelihatan bingung dan trauma serta lemah dipercayai kerana tidak mendapat makanan.

"Berdasarkan keterangan mangsa, dia mendakwa diculik dua lelaki bertopeng dan dibawa naik ke atas bukit serta dirogol oleh salah seorang suspek," katanya ketika dihubungi.

Keluarganya sudah dimaklumkan mengenai penemuannya dan dia kini dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Hatta berkata, pihak polis masih belum mengenal pasti identiti suspek dan usaha mengesan sedang dilakukan.

Mangsa disedari hilang pada jam 6 pagi dengan selimut miliknya dijumpai di belakang rumahnya.

Menurut keluarganya, rumah mereka yang terletak di atas bukit tidak dikunci pada malam berkenaan bagi memudahkan seorang lagi ahli keluarga mereka yang pulang lewat memasukinya.

- BERNAMA

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129