KUALA LUMPUR: Pengurus kempen PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Hanafiah Mat berkata kelemahan calon ditampilkan Endot@Azlan Yusof dari segi pertuturan dah gaya percakapan tidak akan menjejaskan peluang parti itu untuk mencapai kemenangan di kawasan itu.
Sebaliknya Hanafiah ketika dihubungi Antarapos menjelaskan Azlan, seorang ahli perniagaan, mempunyai banyak kelebihan berbanding calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.
Malah kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai ini mendakwa sikap pemurah dan jujur dalam diri Azlan akan menjadi faktor pengundi Kuala Besut memilihnya pada hari pengundian, 24 Julai ini.
"Calon kita ini sangat baik dari segi pergaulan, imej dan masyarakat mengenali dia (Azlan) dan sekarang kalau berbanding calon BN dia lebih ke depan sebab itu sekarang Umno mengambil kesempatan untuk serang peribadi calon kita.
"Lemah sikit calon kita ini dari segi pertuturan dan penampilan di atas pentas (berceramah), sedikit masalah tapi yang lain hebat dah...dia pergi pasar orang kenal dia, pengundi Cina kenal dia, masuk kampung pun orang kampung kenal dia.
"Dia sangat 'friendly' dan pemurah, sebelum jadi calon pun bila ada orang minta bantuan (kewangan) dia akan beri seolah-olah dia jadikan diri dia sebagai negara berkebajikan," katanya.
Azlan akan pikul tugas wakil rakyat jika menang
Justeru untuk mengelak kenyataan Azlan dimanipulasi, jelas Hanafiah, calon anak tempatan itu tidak dibenarkan untuk bercakap di khalayak ramai dan juga media.
"...tapi bila ada kelemahan sikit kita dah buat keputusan tak beri dia buat ucapan depan media dan orang ramai, jadi itu sahaja kelemahan.
"Kita tak kunci mulut dia untuk berucap tapi kita ambil pendekatan untuk atasi kelemahan dalam pilihan raya kecil ini," katanya.
Menjawab kontroversi mengatakan akan 'menswastakan' wakil rakyat, Hanafiah menegaskan perkara tersebut tidak benar menambah tugas dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat akan dipikul Azlan sekiranya menang.
"Calon jenis seorang yang jujur, dia bukan seorang ahli politik dan setakat ini kita cadangkan calon tidak berucap dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh calon akan dimanipulasi orang ramai....sedangkan kenyataan itu keluar daripada kejujuran daripada dirinya, pada hakikatnya jika dipilih menjadi seorang wakil rakyat dia kena bekerja sebagai seorang wakil rakyat.
"Sebagai contoh paling senang mengenai kenyataan dia akan swastakan wakil rakyat, bukan dia kata begitu...dia kata bila jadi wakil rakyat dia akan lantik beberapa orang kawan dia sebagai pembantu, setiausaha dan sebagainya untuk membantu kerja-kerja wakil rakyat sebagaimana wakil rakyat lain buat.
"Oleh karana ayat dia tak berapa pandai sikit jadi dia kata kalau dilantik semacam dia nak suruh kawan dia buat kerja, bukan begitu..ia tidak kontroversi," katanya.
PAS ada pengaruh dan kekuatan untuk menang
Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Dr Siti Mariah Mahmud berkata parti itu mempunyai pengaruh dan kekuatan untuk memperoleh kemenangan sambil menegaskan pengundi di kawasan berkenaan bukan tegar kepada Umno.
Menurut beliau, kejayaan parti itu bertapak di Kuala Besut dalam beberapa siri pilihan raya umum sebelum ini membuktikan ia mampu mencipta kemenangan lagi.
Justeru bagi memastikan kemenangan, jelas Siti Mariah, selain pendekatan kempen rumah ke rumah sayap wanita itu turut mengenalpasti pengundi atas pagar yang disifatkan sebagai penentu kemenangan.
"Penentu (kemenangan), tentulah...kita ada cara sendiri dan Umno juga buat macam itu kita mengenal pasti siapa pengundi tegar kita, siapa penyokong kita dan siapa atas pagar dan tentulah kedua-dua pihak akan mendekati pengundi ini," katanya lagi.
Tambah Ahli Parlimen Kota Raja ini, kaedah kempen digunakan adalah 'one to one' bagi memberikan maklumat dan penjelasan secara terus kepada pengundi.
Antarapos