Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

Tolak jawatan MB, PAS mahu lebih banyak jawatan Exco

$
0
0
KUALA LUMPUR: PAS Selangor bersetuju mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar namun parti itu mahu diberikan lebih banyak jawatan exco kerajaan negeri, kata Pesuruhjaya negerinya, Dr Abdul Rani Osman.

Menurut Rani, keputusan mengekalkan Abdul Khalid selari dengan PAS Pusat menambah kepimpinan negeri sebulat suara bersetuju.

Beliau turut menegaskan parti itu tidak berhasrat untuk memegang jawatan tersebut walaupun boleh berbuat demikian berdasarkan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Keputusan PRU13 menyaksikan PAS dan DAP masing-masing memperoleh 15 kerusi DUN, PKR 14 kerusi, manakala Barisan Nasional (BN) 12 kerusi.

"PAS Pusat dan PAS Selangor bersetuju memberikan jawatan Menteri Besar kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita sebulat suara bersetuju sebab kita dah ada Kelantan di bawah PAS, DAP tadbir di Pulau Pinang, jadi Selangor kita beri kepada PKR," kata Abdul Rani kepada Antarapos.

Bagaimanapun jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru ini, parti itu berhasrat agar lebih banyak tempat untuk wakil rakyatnya mengisi barisan exco kerajaan negeri.

Tambah Abdul Rani, parti itu mempunyai calon-calon yang berwibawa untuk memegang jawatan tersebut.

"Kita mahu minta pertambahan jawatan exco kerajaan negeri berbanding lima tahun lalu.

"Perkara ini juga diputuskan PAS Pusat termasuk calon yang layak memegang jawatan itu," katanya menambah polemik pelantikan Menteri Besar Selangor sudah selesai.

Selepas pilihan raya umum 2008, seramai tiga wakil rakyat PAS dilantik sebagai exco kerajaan negeri iaitu Dr Ahmad Yunus Hairi (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu dan Belia dan Sukan), Dr Siti Halimah Ali (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan) dan Iskandar A. Samad (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan).

Antarapos

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129