Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

Malaysia tangga ketujuh, negara paling horny di dunia

$
0
0
Adoi!

Jarang-jarang kita dengar ranking sebegini. Selalunya kita dengar ranking rasuah, ranking pelancongan, ranking berkenaan jenayah, ranking bola sepak (yang ini FAM tak mau dengar), dan sekarang ranking horny pun ada!

Tapi itulah kenyataannya. Kedudukan ini juga menyaksikan Malaysia berada ditangga kedua di Asia selepas China negara paling horny.

Ranking dilakukan oleh sebuah laman web popular lelaki Askmen.com. Marc Voyer, yang merupakan Travel Specialist untuk laman tersebut menyenaraikan 10 negara di dunia yang paling horny.

Malaysia berada ditangga ke tujuh selepas Italy. Menurut Voyer, walaupun Malaysia kelihatan seperti negara konservatif, perbincangan mengenai seks dibuat secara terbuka, sebagai contoh sama ada mahu memperkenalkan pendidikan seks di sekolah atau tidak.

Faktor video seks pemimpin juga menjadi salah satu punca Malaysia termasuk dalam ranking ini. Beliau mengambil contoh skandal video seks bekas Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek yang terpaksa meletak jawatan akibat dari pendedahan tersebut pada tahun 2008.

Menurut Voyer lagi, kawasan paling horny di Malaysia adalah Kuala Lumpur yang menawarkan kelab malam dan bar untuk bersantai.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129