SHAH ALAM : Pucuk pimipinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor hari ini mendesak Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengekalkan dua exconya sebelum ini iaitu Dr Xavier Jayakumar dan Elizabeth Wong setelah Pakatan Rakyat (PR) kekal mentadbir Selangor bagi penggal kedua.
Desakan itu wujud ekoran ketidakpuasan hati akar umbi parti yang merasakan kedua-dua pemimpin berkenaan telah banyak menabur bakti kepada rakyat sepanjang lima tahun pentadbiran lalu.
Mereka juga mendakwa Khalid, yang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua telah bersekongkol dengan DAP untuk memberi lebih banyak kerusi kepada parti itu sehingga menidakkan hak wakil PKR di dalam kerajaan bagi penggal kali ini.
"Kita tak boleh benarkan DAP kuasai kerusi-kerusi exco Kerajaan ini. Tan Sri Khalid Ibrahim sudah berjanji untuk beri lebih kerusi Exco kepada DAP. Ini pengkhianatan kepada PKR dan tidak boleh dibiarkan dan kita mesti halang."
"Jika mereka (Xavier dan Elizabeth) tidak memegang jawatan sebagai exco lagi, siapa wakil bagi kaum India dan Cina PKR di dalam Exco? Kita mesti selamatkan wakil kita dan jangan biarkan DAP menguasai PKR dan PAS," demikian dipetik dari emel yang dihantar seorang ahli PKR.
Justeru, mereka mengingatkan Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Adun Pelabuhan Klang itu agar tidak terus berkrompomi dengan DAP, walaupun sebelum ini telah berjanji untuk memberi sebanyak 4 kerusi kepada parti berkenaan, kerana dikhuatiri tiada tempat bagi dua wakil PKR itu.
"Dahulukan parti sendiri berbanding DAP dan PAS. Tan Sri Khalid adalah MB dari PKR, jadi perlu dahulukan PKR, jangan asyik dahulukan parti lain."
Elizabeth Wong masih mengekalkan kedudukannya sebagai Adun Bukit Lanjan pada PRU13 5 Mei lalu merupakan bekas Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar dalam Kerajaan Selangor 2008.
Manakala Dr Xavier Jayakumar, Adun Seri Andalas pada penggal lalu memegang portfolio Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin.
Khalid dan pemimpin tertinggi PKR, PAS dan DAP hari ini dilaporkan mengadakan perbincangan lanjut pembahagian kuota jawatan Exco Kerajaan Selangor dan dijangka akan diumumkan oleh Menteri Besar pada minggu depan.
Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) baru-baru ini, PAS dan DAP memenangi jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) 15 kerusi berbanding PKR hanya 14 kerusi sahaja.
Antarapos