KUALA LUMPUR: Ketua Publisiti DAP Tony Pua menafikan beliau bersikap perkauman kerana mencadangkan Pasar Ramadan ditutup sebagai tindak balas terhadap penutupan pasar malam pelancong Jonker Walk di Kota Melaka yang hangat diperkatakan.
Sebaliknya, kata Pua, kenyataannya itu diputarbelitkan oleh media dan beliau langsung tidak bermaksud mahu menutup Pasar Ramadan di negara ini.
"Umno yang menutup bazaar Ramadan, tetapi saya yang dituduh menghasut sentimen perkauman dan menyinggung perasaan umat Islam.
"Konteks kenyataan saya yang menyoal tindakan kerajaan Umno Melaka adalah jelas. Hanya yang bodoh atau yang berniat jahat sengaja memberikan maksud lain kepada apa yang saya sebut," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen hari ini.
Dalam satu artikel yang disiarkan Mingguan Malaysia semalam, penulis Awang Selamat mendakwa Pua dalam memperjuangkan peniaga Jonker Walk, telah ‘menyinggung hati umat Islam’ apabila mencadangkan pasar Ramadan ditutup kerana menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Pada sidang akhbar hari ini, Pua berkata, kenyataannya itu sebenarnya bertujuan menyindir Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron kerana gagal menyelesaikan masalah lalu lintas di negeri itu.
"Saya telah menyindir logik Ketua Menteri Melaka yang memberikan alasan tidak wajar bahawa pasar Jonker Walk dan Taman Cempaka ditutup untuk menyelesaikan kesesakan jalan raya.
"Kami tidak boleh terima alasan tersebut kerana alasan tersebut akan menyebabkan semua pasar malam, pasar tani dan bazar Ramadan ditutup, bukan sahaja di Jonker Walk, (malah) Taman Chempaka," katanya.
Sehubungan itu Pua mencabar Utusan Malaysia, supaya memperbetulkan tuduhan mereka dengan menerbitkan berita mengatakan DAP sebenarnya mempertahankan hak orang-orang Islam.
Beliau, sebaliknya mendakwa kerajaan negeri Melaka di bawah Barisan Nasional (BN) sebenarnya yang bertanggungjawab menutup bazar Ramadan di Taman Cempaka termasuk pasar malam Jonker Walk.
"Walaupun kedua-dua pasar Jonker Walk dan bazaar Ramadan Taman Cempaka mempunyai sejarah selama 13 tahun, ia ditutup oleh kerajaan Umno kerana MCA tewas di Kota Melaka, dan Umno yang diwakili oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam tewas di Bukit Katil.
"Ini merupakan tindak balas dendam oleh Ketua Menteri Melaka baru, Datuk Idris Haron yang mungkin masih didalangi Datuk Seri Ali Rustam yang tidak puas hati dengan rakyat yang memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat," katanya.
Pada minggu lalu juga, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz menolak dakwaan yang mengatakan penutupan pasar Jonker Walk di Melaka adalah bagi ‘menghukum’ pengundi Cina di situ.
Bagaimanapun, menteri kanan itu telah meminta Ketua Menteri Datuk Idris Haron untuk mempertimbangkan langkah tersebut kerana pasar itu dianggap sebagai tarikan pelancong.
Keputusan kerajaan negeri Melaka untuk menutup Jonker Walk telah disifatkan pembangkang sebagai ‘pembalasan politik’ terhadap pengundi Cina kerana tidak mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Antarapos