![]() |
NURUL dan bekas suaminya ditemui di luar mahkamah. FOTO Nor Azura Abd Jalil |
Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain mensabitkan jatuh talak satu selepas Raja Ahmad Shahrir, 36, melafazkan cerai terhadap Nurul Izzah, 35, pada 4.17 petang.
Lafaz itu dibuat selepas mahkamah membenarkan permohonan pihak-pihak yang bersetuju untuk menyelesaikan kes cerai secara bersama.
Selain itu, mahkamah turut merekodkan persetujuan bersama antara Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berhubung hak penjagaan anak mereka (hadanah).
Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan dua anak, Raja Nur Safiyah, 8, dan Raja Ahmad Harith, 5.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24029#sthash.IaL4QFvh.dpuf