Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

Khutbah Jakim Berat Sebelah - A. Samad Said

$
0
0
KUALA LUMPUR - Bekas sasterawan negara yang dilucutkan anugerahnya, A Samad Said mendakwa Khutbah Jumaat yang disampaikan di masjid-masjid berat sebelah ekoran terlalu menyokong kerajaan pusat.

Aktivis pembangkang itu berkata, khutbah jumaat Jakim lebih cenderung kepada siasah politik kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Dari dulu lagi saya mengambil keputusan untuk tidak berjumaat di Masjid Negara kerana khutbahnya sangat berat sebelah. Saya memang langsung tidak mahu dengar benda-benda yang berat sebelah dan selalu mengungguli kerajaan.

“Bukan berkhutbah menceritakan sejarah Islam, apa sumbangan Islam terhadap umat tetapi lebih banyak bersifat siasah atau politik yang memihak kerajaan yang tiada tolok bandingnya," katanya yang dipetik Malaysian Insider.

Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 itu berkata, berat sebelah yang dimaksudkannya ialah khutbah dijadikan medium untuk menyerang pembangkang.

Katanya, dengan menyelitkan elemen sedemikian, khutbah tidak lagi dilihat sebagai medan memupuk umat Islam meningkatkan amal ibadah.

“Berat sebelah ertinya isu yang ditimbulkan menyerang pembangkang. Boleh menyerang pembangkang tetapi mesti mempunyai had dan kewajaran tertentu.

“Ini tidak, asyik menyerang pembangkang dalam khutbah. Langsung tidak menyenangkan hati saya. Khutbah untuk memupuk orang beribadah bukan untuk bergaduh politik,” katanya.

Sasterawan negara yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad itu berkata, beliau mula bersolat Jumaat di Masjid India sejak November 2013.

Katanya, khutbah di Masjid India itu lebih selesa didengarnya kerana tidak perlu memahami kandungan khutbah yang disampaikan dalam bahasa Tamil.

“Saya biasa mendirikan solat Jumaat di Masjid Negara, tetapi dua minggu lalu saya solat di Masjid India.

“Ini kerana saya tidak suka khutbah di Masjid Negara apabila khatibnya membaca khutbah bukan berkhutbah,” katanya.

“Aktiviti saya dua hari dalam seminggu pasti dihabiskan di Masjid Negara, tetapi apabila khutbah Jumaat saya pindah di tempat lain. Khutbah sekarang terlalu sendat dengan politik.”

Jakim dalam khutbahnya sebelum ini pernah meyakinkan hadirin GST tidak akan membebankan rakyat dan ia sebagai satu kaedah penyusunan semula sistem percukaian negara.

-Rakyatnews

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129