SHAH ALAM: Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Terengganu Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menjanjikan sesuatu yang mengejutkan akan berlaku pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut kerana katanya, masyarakat di sana sangat baik dan mempunyai tahap kesedaran agama yang tinggi.
Merujuk kekosongan kerusi itu selepas penyandangnya Dr Abdul Rahman Mokhtar dari Barisan Nasional (BN) yang meninggal dunia Rabu lalu akibat kanser paru-paru, Nik Zawawi berkeyakinan pengundi di kawasan itu akan menyokong parti berteraskan Islam itu.
"Kita sudah buat persiapan sejak daripada hari ini (semalam), kita sudah bincang dan insya-Allah dalam pilihan raya kecil akan berlaku sesuatu yang mengejutkan.
"Insya-Allah pilihan raya kecil ini kita meletakkan harapan tinggi supaya rakyat di sana memberi sokongan kepada PAS dan perjuangan PAS," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu, Allahyarham Abdul Rahman, 55, mempertahankan kerusi itu setelah mengalahkan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Menurut Nik Zawawi, PAS Terengganu sudah membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil dengan menggerakkan jentera parti di semua peringkat.
Ditanya jika PAS mampu menawan kerusi itu, beliau berkata penyertaan dalam pilihan raya adalah untuk menang.
"Kita masuk pilihan raya untuk menang.
"...dan PAS Pusat akan bincang siapa yang akan jadi calon," katanya.
Semalam Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh berkata BN mampu mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut pada pilihan raya kecil yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.
"Kita yakin dapat mempertahankan DUN Kuala Besut, kita di peringkat bahagian Besut akan membuat persiapan rapi dari segi jentera pilihan raya.
"Kita juga akan bermesyuarat minggu ini dengan kehadiran wakil Umno pusat," katanya.
Sebelum itu, PKR mahu meletakkan calon mereka bagi menggantikan PAS yang tewas kepada BN pada PRU yang lpeas.