KUALA LUMPUR: Semua jawatan akan dipertandingkan dalam pemilihan Umno tahun ini, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Malah, Tengku Adnan berkata, Umno tidak akan menghalang mana-mana pihak untuk menawarkan diri bertanding termasuk bagi merebut jawatan nombor satu parti.
"Semua jawatan boleh bertanding. Semua jawatan dari peringkat presiden hinggalah ke jawatan Majlis Tertinggi.
"Hanya daftarkan diri...semua boleh bertanding," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Adnan berkata setiap ahli parti itu dikehendaki membuang hanya satu undi sahaja kepada calon yang mereka mahukan.
"Pengiraan undi akan dibuat berdasarkan satu undi hanya untuk satu orang saja, sebab kita ada banyak ahli daripada kawasan mahupun cawangan.
"Sebagai contoh jika kita mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi Presiden UMNO, justeru pengiraan akan dibuat satu undi untuk satu calon," katanya.
Isu mengenai pertandingan membabitkan kedua-dua jawatan tertinggi Umno itu mula ditimbulkan Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan yang dilaporkan mencadangkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti itu tahun ini bagi memastikan kekuatan parti terus utuh.
Cadangan itu disambut baik oleh kepimpinan Umno termasuk sayap parti itu.
Bagaimanapun terdapat juga pandangan yang tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan termasuk Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang tidak mahu Umno menjadi parti yang eksklusif.
Adnan dilaporkan berkata bahawa kesemua jawatan harus terbuka untuk dipertandingkan bagi menjadikan Umno kekal relevan kepada golongan muda dan berpendidikan.