Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

Benjy mahu ibunya, Azean Irdawaty cepat mati?

$
0
0
Entah apa yang difikirkan oleh anak seniwati terkenal Azean Irdawati yang sedang bertarung dengan penyakit kansernya. Sedang ibunya sedang sakit, dia yang pernah ditangkap sebelum ini, sekali lagi buat hal dengan positif dadah.

Khaeryyl Benjamin Ibrahim, atau Benjy sekali lagi ditahan pada pagi Rabu atas kesalahan menyalahguna dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini.

Utusan Malaysia melaporkan, anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira pukul 11.30 pagi semalam selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Menurut jurucakap, polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu hari ini di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya.

"Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129