Tutup Jonker Street: BN perlihat wajah ‘1Umno’
Harakahdaily,
25 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Penutupan pasar Jonker Street yang menjadi tumpuan pelancong di Melaka lebih sedekad lalu membuktikan dendam kesumat Umno BN terhadap Pakatan Rakyat (PR) yang tidak mampu dibendung lagi.
Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua dalam satu kenyataan menyifatkan penutupan pasar malam itu sebagai manifestasi politik balas dendam terang-terangan yang amat mengejutkan.
“Tindakan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron ini boleh dilihat sebagai tindakan balas dendam kepada komuniti bukan Melayu. ~Hrkh
Api perkauman mula ditiup DAP dan balaci Melayu mereka dari PAS dan PKR kerana penutupan Jonker Street ini.
Apabila tercuit sedikit kaum mereka maka berketuklah mereka riuh sekampung menjaja perkauman.
Tapi sudahkah kita lupa perbuatan Lim Guan Eng selepas baru beberapa bulan sahaja memenangi Penang?
Berlaku siri kesan, roboh dan halau tempat-tempat cari makan orang Melayu dan India Muslim.
Ingat lagi gerai Do Re Mi cafe? Ingat lagi Y.B. Ng Wei Aik turun sama menyerang kedai India Muslim? (ada rakaman video cari dalam youtube), ingat lagi Bazaar ramadhan yang ditutup DAP? mahu dipindahkan ke kawasan tak ada orang. begitu juga penutupan tingkat 3 komtar kawasan peniaga kecil cari makan.
kenapa tiada Tony Pua dan anjingnya dari PKr dan PAS menyalak untuk Melayu Pulau Pinang yang dianiaya dulu?
Junah
,