Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

(Gambar) ADUN Pas nyaris maut, jeti runtuh ketika lawatan

$
0
0
Tanjung Sepat: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan nyaris maut apabila jeti Tanjung Sepat roboh ketika beliau sedang melawat kawasan itu, petang tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu Mohd Haslin mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Banting untuk mendapat rawatan lanjut.

Selain Mohd Haslin, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesejahteraan Kampung (JKKK) Tanjong Sepat, Tai Hoo Chong turut mengalami kecederaan tulang belakang dan seorang nelayan patah kaki.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan menerima rawatan selepas terjatuh dari jeti berkenaan.

Berita Harian

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129