KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang ditahan untuk siasatan mengikut Akta Hasutan sejak awal pagi semalam dibebaskan kira-kira jam 5.00 petang ini.
Beliau diiringi isteri, Datin Rohana Abdul Rahman dan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud dan disambut penyokong PAS yang menunggu sejak awal lagi.
Ahad lalu, beliau direman dua hari mulai mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berkaitan kenyataannya mengenai 'mati syahid' baru-baru ini.
Perintah tahanan reman sehingga hari ini dikeluarkan Majistret Nik Habri Muhamad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di mana Husam ditahan.
Polis membuat permohonan untuk menahan reman Husam yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Salor melalui Pegawai Penyiasat ASP Noland A/L Janah.
Husam, 54, ditahan pada 4 petang Sabtu lalu di Kampung Pandan, Ampang, Selangor ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan Blackout 505 di Padang Merbok Kuala Lumpur oleh polis Bukit Aman. Beliau kemudiannya dibawa ke Kota Bharu.
Husam seperti dilaporkan dalam Harakahdaily minggu lalu berkata peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan Black 505 itu dianggap sebagai 'mati syahid'.