Pembangkang digesa menukar lokasi perhimpunan haram yang dijadual di Padang Merbok di Kuala Lumpur hari ini ke Stadium Merdeka bagi mengelak kesesakan lalu lintas.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membuat saranan itu semasa melakukan tinjauan di Padang Merbok pada 12.50 tengah hari ini untuk melihat situasi di situ sebelum perhimpunan anjuran pembangkang itu yang dijangka diadakan pada 3 petang.
Beliau berkata Jalan Parlimen, yang terletak dekat dengan padang itu, merupakan antara laluan utama untuk masuk ke ibu negara, terutama pada hujung minggu.
"Ia tidak strategik untuk pembangkang mengadakan perhimpunan di sini. Kita telah membuka Stadium Merdeka untuk pembangkang mengadakan perhimpunan hari ini tetapi mereka degil," katanya yang turut diiringi Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad dan beberapa pegawai kanan kementerian.
Katanya jika pembangkang meneruskan perhimpunan itu di Padang Merbok, laporan polis akan dibuat bagi tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.
Tengku Adnan turut melahirkan penghargaan dan simpati terhadap pasukan polis yang terpaksa bertugas mengawal keadaan dan keselamatan awam dalam suasana panas dan berjerebu.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan hari ini setelah pihaknya mendapat maklumat bahawa pihak penganjur mengarahkan semua peserta perhimpunan mencetuskan provokasi terhadap pihak berkuasa yang ditugas mengawal keadaan.
Polis menjangkakan pihak penganjur akan mencetuskan huru-hara di sekitar Kuala Lumpur dengan tujuan untuk disebarkan ke seluruh dunia melalui medium komunikasi bagi menunjukkan kekerasan pihak berkuasa.
Selain amaran polis, pihak penganjur juga tidak menghiraukan masalah jerebu yang melanda negara kini sehingga menyebabkan banyak sekolah ditutup dan majlis rasmi ditunda di selatan Semenanjung Tanah Melayu.
- Bernama