Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

Pemimpin PR 'kecut perut' campur tangan tentera

KUALA LUMPUR – Pemimpin pembangkang kelihatan cukup resah jika Polis Diraja Malaysia (PDRM) benar-benar meminta bantuan angkatan tentera bagi menangani perhimpunan haram anjuran mereka di Padang Merbok, Kuala Lumpur esok.

Antara mereka ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang mendakwa seruan ke atas pasukan tentera supaya campur tangan dalam perkara itu tidak wajar dan seolah-olah mempersoalkan ketidakcekapan pihak polis menguruskan perhimpunan.

“Kami percaya polis Kuala Lumpur lebih berupaya menguruskan perhimpunan awam. Seruan ke atas angkatan tentera untuk campur tangan seolah-olah mempersoalkan ketidakcekapan polis.

“Kecuali berlaku provokasi, semua perhimpunan (membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13) yang pernah diadakan sebelum ini telah berlangsung dalam keadaan aman dan tersusun,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Tian Chua juga mendakwa Himpunan Blackout 505 bukan demi kepentingan politik pembangkang sebaliknya untuk kepentingan rakyat yang telah dikecewakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau turut memaklumkan perhimpunan itu yang bertujuan membantah keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 pada Mei lalu akan tetap berlangsung seperti dijadual pada Sabtu ini.

Media semalam melaporkan PDRM akan meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekiranya keadaan memerlukan dan berlaku situasi yang tidak dapat dikawal dalam perhimpunan haram anjuran parti pembangkang di Padang Merbok, Kuala Lumpur esok.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid dipetik berkata, beliau telaah bercakap dengan Panglima Tentera Darat berhubung perkara tersebut kelmarin. – mynewshub.my

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129