KOTA BHARU: Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata mana-mana pihak tidak boleh menentang kerajaan yang sah sama ada melalui perhimpunan haram atau sebagainya.
Beliau berkata, sekiranya hukuman hudud sudah dilaksanakan, penentang kerajaan ini boleh dikenakan hukuman berkenaan mengikut undang-undang Islam.
Katanya, mereka yang menentang kerajaan adalah penderhaka dan tidakboleh dianggap sebagai mati syahid sekiranya mereka terkorban dalam tindakan melawan kerajaan.
“Mereka boleh dikenakan hukuman atas dakwaan sebagai ‘bughah’ iaitu penderhaka. Jika ada yang terkorban kerana menentang kerajaan, itu tidak dipanggil mati syahid,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.
Beliau mengulas laporan portal berita HarakahDaily.net , 17 Jun lalu yang menyiarkan kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa seluruh ahli dan penyokongnya menyertai himpunan terakhir Blackout 505 pada 22 Jun ini di Kuala Lumpur.
Husam dilaporkan berkata, jika ada dalam kalangan mereka yang terkorban dalam himpunan berkenaan, ia adalah mati syahid.
Mohamad Shukri menyenaraikan beberapa situasi kematian yang dikategorikan sebagai mati syahid termasuk mati kemalangan dan ketika melahirkan anak.
“Hadis Nabi (Muhammad SAW) ada mengatakan, seseorang itu mati syahid sekiranya dia mempertahankan hartanya (dari perompak).
“Begitu juga dengan wanita yang meninggal dunia ketika mempertahankan diri daripada dirogol, itu baru mati syahid, bukannya bertempur sesama Islam,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat menghormati Majlis Fatwa Kebangsaan dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan umat Islam khususnya yang boleh mendatangkan perpecahan.
“Sepatutnya masyarakat perlu dididik menghormati institusi fatwa yang berhak dan memiliki autoriti serta tempat rujukan.
“Kita boleh bayangkan kemungkinan yang akan berlaku jika masing-masing nak keluarkan fatwa sendiri, semestinya masyarakat akan jadi kacau-bilau,” katanya.