Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

Tutup nafsu bosnya, Tian Chua dakwa rakyat hilang sabar

$
0
0
Rakyat Malaysia sebenarnya yang tidak "sabar" untuk menunggu lagi lima tahun untuk melihat pertukaran rejim sementara pembangkang, termasuk tokohnya Datuk Seri Anwar Ibrahim masih boleh menunggu, kata Naib Presiden PKR Tian Chua.

"Anwar boleh tunggu. Ramai lagi orang boleh tunggu, tetapi saya tidak rasa rakyat Malaysia cukup sabar untuk menunggu lagi lima tahun," kata Chua dalam wawancara dengan Malaysiakini sebelum ini.

"Saya tidak rasa ekonomi kita boleh bertahan dengan lima tahun pembaziran lagi.

"Keperluan mendesak untuk perubahan datang daripada tuntutan rakyat," katanya ketika ditanya sama ada pilihan raya umum lalu peluang terakhir Anwar untuk menjadi perdana menteri.

"Perjuangan ini bukan tentang Anwar mahu jadi PM. Tetapi PRU13 adalah peluang terakhir Malaysia ke arah langkah perubahan demokratik," katanya.

P/s: Rakyat dibodoh dek Anwar yang kuat nafsunya, rakyat boleh tunggu kalau ketuanya pandai menasihat dari terus kelentong...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129