Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

Tunang tetap setia walaupun Shah Jaszle 'kaki perempuan'?

$
0
0
Ekoran kes pelakon Shah Jaszle ditangkap khalwat baru-baru ini, ramai yang memuji tunang pelakon itu, Redzwani Puteri apabila gadis yang bergelar seorang doktor itu tidak mudah melatah. Sebaliknya dia bersedia mendengar penjelasan daripada Shah mengenai apa yang sebenarnya belaku.

Bercakap kepada mStar online, gadis itu memberitahu dia menyerahkan segala-galanya kepada tunangya untuk menyelesaikan segala masalah selepas pendedahan seorang 'wanita misteri' dalam program Melodi, Ahad lalu.

"Maaf banyak-banyak kerana saya sedang sibuk. Berkenaan isu tersebut saya serahkan kepada Shahrizal untuk selesaikan," katanya yang enggan memberi sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

Shahrizal dan Redzwani bertunang pada 8 November 2011 dan dijangka berkahwin pada 2015.

Pada Ahad lalu, seorang wanita yang mendakwa pasangan khalwat Shahrizal mendedahkan bahawa kejadian penangkapan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu bukan satu perangkap. Malah wanita itu berkata, Shahr yang dikenalinya sejak setahun lalu telah berjanji untuk bertanggungjawab menyelesaikan perkara tersebut.

Wanita berkenaan turut mengakui mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon drama Asmara itu.

Sementara itu, Ibu dan pengurus aktor tersebut yang dikenali sebagai Zaleha juga tidak mahu memberi sebarang reaksi berhubung pendedahan wanita dalam program hiburan TV3 berkenaan.

"Maaf, saya tidak boleh nak bagi apa-apa komen. Perkara tersebut akan diselesaikan melalui satu sidang media yang akan dibuat oleh Shahz dalam masa terdekat ini," katanya.

MD

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129