Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

(Video) Pakaian CL terlalu seksi, tak sesuai tontonan keluarga...

$
0
0
Ketua kumpulan 2NE1, CL sering dilabel gadis ‘jahat’ kerana tampil dengan imej seksi penuh kontroversi. Terbaru ketika persembahan dalam ‘Inkigayo’ dia mengenakan fesyen ala ‘pakaian renang’ berwarna putih dan dibaluti jaket yang menutup hanya bahagian atas tubuh.

Cara CL berpakaian dikritik teruk oleh penonton dan peminatnya yang mendakwa CL seolah-olah memakai pakaian dalam di pentas.

Beberapa peminat dilaporkan berkata, apa dipakai CL malam itu terlalu ‘kecil’ dan mengganggu tumpuan penonton memandangkan rancangan berkenaan disiar menerusi stesen penyiaran utama.

“Ia perkara memalukan untuk ditonton seisi keluarga, terutama membabitkan anak kecil,” kata seorang penonton.

Berbeza dengan beberapa peminat lain yang menyokong CL, mereka menyifatkan ia sama dengan pakaian penyanyi Amerika Syarikat, Beyonce.

CL ketika ditanya mengenai isu itu berkata, dia tidak tertekan bila ada pihak mengkritik cara dia berpakaian ketika mengadakan persembahan.

“Saya pakai apa yang saya lihat cantik dan menarik pada tubuh saya!” jawabnya ringkas.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129