![]() |
FOTO: Penyanyi dikir barat berpakaian wanita yang ditahan penguat kuasa JHEAIK diambil keterangan. |
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, penyanyi berkenaan melakukan perbuatan berkenaan bagi mengelak ditahan kerana kesalahan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai, namun kerenahnya tidak dilayan.
Penyanyi berusia 25 tahun itu ditahan dalam Ops Insaf oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Jajahan Tanah Merah, diketuai Rosli Ismail bersama lima Skuad Amru dan tujuh anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) selepas mendapat maklumat daripada orang ramai.
Difahamkan, penyanyi berasal dari Kuala Betis, Gua Musang itu pernah ditahan penguat kuasa JHEAIK Jajahan Pasir Mas, tahun lalu, atas kesalahan sama sebelum dikenakan denda sebanyak RM800.
Sumber berkata, ketika ditahan, penyanyi itu tampil dengan pakaian seksi wanita hanya sempat mendendangkan dua lagu sebelum persembahannya dihentikan serta-merta sebaik diarahkan penguat kuasa agama berkenaan.
Sumber