![]() |
Gambar hiasan |
Anggota keselamatan itu membuat rakaman ketika dalam waktu kerja di sebuah bilik tukar pakaian polis di sini, November lalu.
Dia kemudian menghantar pita video 'panas' itu kepada seorang rakan yang baru dikenali tetapi tidak pernah bertemu serta hanya hanya bertukar mesej teks.
Bagaimanapun, lelaki yang menerima pita videonya dilaporkan tidak suka dengan perbuatan rakannya itu dan menghantar pita rakaman berkenaan kepada Lembaga Disiplin polis untuk tindakan selanjutnya.
Jejas keyakinan awam
Selepas menontonnya, anggota disiplin memutuskan bahawa anggota polis berkenaan dianggap seperti mencabul penerima mesejnya dan 'melanggar kewibawaan seksual penerimanya.'
Anggota lembaga berkenaan juga menekankan, peri laku anggota polis berkenaan boleh menjejaskan keyakinan orang awam terhadap pasukan keselamatan, lebih-lebih dia melakukannya ketika berpakaian seragam lengkap.
Sebagai hukuman, anggota disiplin polis itu memotong gaji lima hari anggota polis itu selain memberi amaran supaya tidak mengulanginya.
Sementara itu, menurut laporan di London, lain pula yang berlaku apabila empat wanita menuduh seorang anggota polis cuba menggoda mereka ketika melakukan siasatan.
- See more at: http://www.utaranews.com/2014/06/rakam-aksi-18sx-anggota-polis-dipotong.html#sthash.v0AAutQw.dpuf