DAP mempertahankan dan terus menyokong kenyataan bekas calonnya bagi kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud berhubung pendiriannya menolak pelaksanaan hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS.
Sebelum ini Dyana telah dinasihatkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar meletakkan kepentingan Islam sebelum parti cauvinis DAP.
Lim Guan Eng berkata keputusan parti menentang pelaksanaan hudud PAS adalah 'sangat jelas'. "Nik Aziz boleh berkata apa yang dia suka tetapi pendirian DAP jelas".
"Setakat apa yang saya tahu, Nik Aziz boleh memberikan pandangan beliau, boleh nasihat. Bagaimanapun, pendirian kami sangat jelas tetap menolak perlaksanaan Hudud, samada suka atau tidak pemimpin dan ahli parti DAP harus menerima keputusan parti," katanya.
Nik Aziz dilaporkan telah menasihati Dyana, agar meletakkan kepentingan Islam dihadapan berbanding parti yang diwakilinya.
Nik Aziz berkata dia telah bertemu dengan wanita berkenaan untuk mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan yang menyatakan dia menentang pelaksanaan hukum hudud.
"Jadi, saya bertanya kepada dia, mana satu lebih penting, agama atau parti? Parti baru lagi wujud sejak 40 hingga 50 tahun, sedangkan agama telah wujud sejak ribuan tahun yang lalu. Jadi agama lebih penting," katanya.
"Dia hanya mendiamkan diri selepas itu," kata Nik Aziz.