Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
Gambar hiasan |
Mayat mangsa, warga India berusia lingkungan 40-an, ditemui berlumuran darah selepas ditikam menggunakan pisau dalam kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham itu.
Sepasukan polis bagaimanapun berjaya menahan suspek berusia 35 tahun yang mengemas barang dipercayai mahu melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya bergegas ke lokasi itu selepas menerima panggilan kecemasan memaklumkan berlaku pertengkaran pada jam 4.30 pagi.
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
DUA anggota polis mengangkat keluar mayat mangsa yang ditikam kekasih warga Indonesia di rumah sewa mereka. |
“Suspek yang mengaku sebagai kekasih mangsa dipercayai menikam lelaki itu selepas berlaku pergaduhan,” katanya.