SHAH ALAM: Bekas mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyerbu majlis perkahwinan pasangan Hindu baru-baru ini bakal mengundang persepsi masyarakat yang melihat ianya sebagai 'proses Talibanisasi'.
Beliau selain itu menegur tindakan badan penguatkuasa agama itu yang baginya akan menyebabkan imej Islam tercemar.
"Jais perlu hati-hati kerana ia akan beri imej salah kepada masyarakat, malah dunia akan beri perhatian isu ini.
"Semakin hari masyarakat dunia melihat dunia ini cenderung kepada proses Talibanisasi dalam beragama disebabkan tindakan ini," katanya dipetik daripada The Malaysian Insider.
"Ini semua tindakan tidak bijak, tidak ada kebijaksanaan yang akan beri imej negatif dalam pengurusan agama pada ketika kita sudah mempunyai isu yang banyak memberi imej negatif dan salah sangka bukan di kalangan bukan Islam sahaja tapi juga umat Islam sendiri.
"Ia sangat bercanggah dengan kempen wasatiyah yang dibawa oleh perdana menteri sendiri," katanya lagi.
Beliau selain itu mempertikaikan keperluan melakukan serbuan sewaktu majlis perkahwinan berlangsung, di mana JAIS seharusnya memanggil pengantin perempuan berkenaan untuk pemeriksaan sebelum itu lagi.
"Sepatutnya JAIS boleh selesaikan isu ini lebih awal apabila ada maklumat, kenapa hari perkahwinan baru hendak serbu dan lakukan soal siasat, kenapa sebelum itu tidak buat.
"Agama ini bukan satu paksaan, sepatutnya mereka (Jais) panggil dengan cara baik dan siasat lebih awal, ini bukan zaman paksaan lagi," katanya.
Justeru itu beliau menyarankan agar isu mengenai mualaf di mana ibu bapa memeluk Islam diteliti semula memandangkan situasi ketika ini sudah berubah.
"Pada zaman dulu, orang keluar Islam sebab ada elemen pengkhianatan dan dalam mana-mana undang-undang memang hukumannya keras, bukan sahaja di dunia Islam tapi agama Kristian pun ada hukumannya.
"Tapi sekarang ini kita berdepan suasana baru dan memerlukan ijtihad baru serta pandangan baru dalam hal ini. Kita kena lihat balik faktor-faktor ini untuk melihat dalam suasana lebih matang tentang masalah bukan Islam yang emak dan bapa peluk Islam," katanya.
Beliau berkata, zaman dahulu hukuman kepada mereka yang keluar Islam adalah berat, zaman moden sekarang berbeza sama sekali kerana setiap negara berwilayah.
"Suasana sudah tidak sama pada zaman awal dahulu kerana dahulu orang peluk Islam atas kerelaannya dan kemudian keluar, ini seakan-akan ada elemen pengkhianatan.
"Zaman dulu juga tidak ada negara bersempadan, tapi yang membezakannya hanya pegangan akidah. Apa yang membezakan dengan yang sekarang adalah wilayah ada negara, ada kad pengenalan dan pasport," katanya.
Asri berkata, isu melibatkan kes mualaf ini perlu dibincang supaya selari dengan konteks zaman moden sekarang.
Ahad lalu, pasukan penguatkuasa JAIS menahan pengantin perempuan berkenaan, Zarina Abdullah Majid ketika perkahwinannya dengan pasangannya, seorang lelaki beragama Hindu, sedang berlangsung di sebuah kuil di Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi.
Wanita berusia 32 tahun yang lengkap berpakaian pengantin itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.
Zarina yang merupakan kerani pentadbiran sebuah syarikat memberitahu, dia mengamalkan ajaran Hindu kerana dibesarkan oleh ibunya yang beragama Hindu sejak kecil.
Tambah Zarina, ketika dia masih kecil, bapanya yang memeluk Islam telah mendaftarkan nama dan status agamanya. Bapanya kemudian telah meninggalkan keluarga.
Zarina seterusnya merayu agar JAIS membantu mengubah status nama dan agamanya dalam Mykad kerana beberapa kali permohonan sebelum ini ditolak disebabkan memerlukan pengesahan daripada bapanya.
- Antarapos