Produk ‘Rapid Pork Food Test’ edaran Iftitah Solutions (M) Sdn. Bhd. (Iftitah Solutions) itu merupakan inovasi dari Rusia, pertama kali dipasarkan di negara ini untuk membantu pengguna mengenal pasti kewujudan DNA haiwan itu dengan mudah dan cepat.
Pengurus Iftitah Solutions, Abd. Syukor Othman, 39, berkata, produk tersebut meÂrupakan kaedah terbaik setanding dengan pelaksanaan ujian di makmal.
“Konsep penggunaannya sama seperti alat ujian kehamilan. Pengguna berupaya mengenal pasti kehadiran DNA babi pada makanan dan minuman dengan cepat tanpa melibatkan kos yang tinggi berbanding ujian di makmal.
“Bentuknya yang kecil dan mudah menjadikan ia sesuai di bawa ke mana sahaja dan digunakan semua peringkat umur," katanya ketika ditemui pemberita di Ekspo Pengguna (MCE) 2014 di Menara Matrade Jalan Duta, di sini hari ini.
Ekspo anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dengan kerjasama program Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS6): Kad Diskaun 1Malaysia (1MDC) itu dibuka kepada orang ramai bermula hari ini sehingga 8 Jun depan.
Turut mencuri perhatian adalah produk penjagaan tubuh berasaskan gaharu yang diusahakan syarikat baharu, Diamond Density Sdn. Bhd.
Eksekutif Pembangunan Perniagaan syarikat itu, Ratinah Rahmat, 39, berkata, losen bio-heat, pembersih peribadi wanita Serigaharu dan pewangi Gaharu adalah tiga produk berasaskan kayu gaharu yang baru dua bulan dipasarkan.
“Kesemua produk kami adalah 100 peÂratus asli dan tidak menggunakan bahan kimia. Oleh itu ia sesuai digunakan semua golongan terutama kepada mereka yang mempunyai alahan terhadap bahan kimia.
“Pembersih wanita Serigaharu adalah yang pertama di pasaran di mana berasaskan kayu gaharu. Selain memiliki haruman yang tidak berlebihan, produk ini sesuai diaplikasikan kepada semua jenis kulit," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140601/dn_16/Alat-pengesan-DNA-babi-di-MCE-2014#ixzz33Uiou3bk
© Utusan Melayu (M) Bhd