![]() |
Rupesh Paul |
Filem bertajuk "The Vanishing Act" yang dicadangkan untuk tayangan umum September ini, kini sedang dipromosikan di Festival Filem Cannes, yang bakal berakhir 25 Mei ini.
Majalah industri hiburan, Hollywood Reporter meletakkan iklan mengenai filem ini yang menggambarkan sebuah kapal terbang keluar dari awan dengan perkataan 'The Untold Story Of The Missing Malaysian Plane" (Cerita Disebalik Kehilangan Kapal Terbang Malaysia).
Bagaimanapun, ketika ditemui media asing, pengarah bersama filem ini, Sritama Dutta berkata, persamaan antara filem yang dihasilkan dengan MH370 hanyalah mengenai pesawat hilang.
"Tidak ada persamaan, adalah mustahil menghasilkan cerita sebenar kerana faktanya sentiasa berubah," katanya sambil menambah filem itu membabitkan pelakon dari pelbagai negara dan penggambaran dilakukan di India dan Amerika Syarikat.
Pesawat MH370 hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Susulan itu, misi pencarian terbesar dalam sejarah penerbangan dunia digerakkan, bagaimanapun sehingga kini ia belum menemui sebarang tanda atau serpihan kapal itu.