Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

Sultan Brunei dikecualikan daripada hudud?

Blogger pro pembangkang, Anak Sungai Derhaka menulis ketidakpuasan hatinya berkenaan pelaksanaan hudud di Brunei.

Menurut beliau, hudud yang dilaksanakan di Brunei tidak adil kerana mengecualikan Sultan dari hukuman tersebut. Beliau membuat kenyataan tersebut berdasarkan daripada Perkara 84B. Berikut adalah kenyataan beliau:

Tapi bila terbaca perkara 84B yang terpapar dalam pembentangan kertas kerja mengenai kajian perlaksanaan hudud di Brunei ini menyebabkan aku tertanya-tanya hudud jenis apakah yang dipraktikkan di Brunei sebenarnya?

Kerana menurut fasal 84B. itu menyebut..

"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan tidak pandai berbuat salah sama ada atas sifat peribadi atau rasmi Baginda. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan tidak boleh dibicarakan di dalam mana-mana mahkamah berkaitan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh Baginda dalam masa atau selepas pemerintahan Baginda sama ada atas sifat peribadi atau rasmi Baginda"

Fasal tersebut dimuatnaik oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129