Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

(Video) Rakaman CCTV Teresa Kok tersungkur diragut tersebar

$
0
0
Teresa Kok cedera selepas terjatuh akibat diragut dua lelaki yang tiba-tiba menarik rantai leher dipakai Ahli Parlimen Seputeh itu ketika berjalan di Taman Rainbow, Jalan Ipoh di sini, dua hari lalu.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, Teresa dikatakan bersiar-siar bersama dua anak saudaranya berusia 11 dan lima tahun di lokasi berkenaan sebelum dihampiri dua lelaki menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pembonceng motosikal itu kemudian meragut rantai leher dipakai mangsa dan menyebabkan mangsa terjatuh.

“Beliau kemudian cuba mengejar kedua-dua suspek sambil menjerit meminta bantuan orang ramai namun gagal selepas suspek memecut laju meninggalkan lokasi kejadian.

“Beliau dilaporkan mengalami cedera akibat terjatuh, manakala dua anak saudaranya selamat, ” katanya ketika dihubungi media, semalam.

Bagaimanapun difahamkan hanya membuat laporan berhubung kejadian tengah hari semalam di Balai Polis Sentul.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129