Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

Rugi RM37 juta, Exco perjelas kerugian ditanggung UNISEL

$
0
0
SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Halimah Ali menjelaskan bahawa kekurangan asrama di Universiti Selangor (Unisel ) di Kampus Bestari Jaya antara punca mengalami kerugian.

“Kerugian ini berlaku apabila asrama jauh daripada kampus, dan ini sudah tentu menimbulkan kerisauan daripada ibu bapa,” katanya sewaktu perbahasan di Dewan Negeri Selangor.

Tambah Halimah lagi, perkara sebaliknya berlaku di Kampus Shah Alam yang mana, pihak Unisel terpaksa mengehadkan jumlah kemasukan pelajar.

Dalam pada masa yang sama, ADUN Selat Kelang turut menjelaskan situasi semasa Unisel Kampus Bestari Jaya.

“Kita nak paksa pelajar masuk ke Kampus Bestari Jaya pun susah, sebab keadaan masih belum lagi selesa, dan biarlah sehingga 30

Jun nanti, barulah kita akan lakukan pemasaran secara meluas untuk Kampus Bestari Jaya.

Jelasnya lagi, sistem perkumbuhan juga menjadi salah satu faktor kurangnya pelajar.

“Untuk membaiki sistem perkumbuhan menelan belanja yang banyak,” ujarnya.

Halimah menjawab soalan yang diajukan oleh ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi yang mendesak ADUN Selat Kelang itu memperjelaskan mengenai kerugian berturut-turut yang dialami oleh Unisel semenjak tahun 2009 lagi.

Budiman mendakwa, universiti milik kerajaan negeri itu mengalami kerugian sebanyak RM37 juta.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

Latest Images

Trending Articles