Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

(Gambar) 'Dada'nya terlalu besar atau bajunya yang terlalu kecil?

$
0
0
Amy Child kelihatan santai walaupun dalam hatinya masih lagi berduka dengan perpisahan dengan kekasihnya David Peters.

Model dan selebriti realiti yang baru sahaja berpisah dengan teman lelakinya dua minggu yang lalu tidak berhenti melemparkan senyuman ketika beliau berjemur dengan bikini kecil di Marbella.

Bekas peserta rancangan Take Me Out, David baru-baru ini memberitahu media beliau sedih apabila terpaksa berpisah dengan Amy setelah setahun menjalinkan hubungan cinta.

Beliau juga memberitahu bahawa sudah mempunyai perancangan untuk melamar gadis tersebut pada cuti musim panas ini.
David, 27 memberitahu New!: "Saya patah hati. Saya sebelum ini mahu hidup bersama dengan Amy seumur hidup tapi tidak kesampaian."

Apabila ditanya mengenai lamaran: "Saya sudah berfikirnya berjuta kali dan kami juga sudah berbincang mengenainya...

"Secara jujur, ia sepatutnya berlaku dalam tempoh terdekat ini. Saya memikirkan untuk lakukannya pada cuti musim panas ini."
Amy, telah terbang ke resort berkenaan bersama seorang rakan pada Ahad lalu kelihatan santai dan relaks ketika beliau berjemur dengan bikininya yang begitu kecil.

Beliau telah mendakwa perpisahan beliau dengan David adalah persetujuan bersama.

The Sun

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129