Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

#MH370: 'Saya kenal Kapten Zaharie' - Anwar Ibrahim

$
0
0
Agak pelik juga apabila Wan Azizah mendakwa Anwar TIDAK mengenali bapa saudara kepada menantu mereka.

Barangkali kerana Anwar terlalu sibuk berpolitik.

Dia juga mungkin terlupa, secara jelas MENGAKUI mengenali Zaharie semasa bercakap di sidang parlimen minggu lalu.

Rujuk waktu 0:34

"Saya hendak juga sentuh, untuk ringkaskan tentang tragedi MH370. Tentunya kita ingin membuat beberapa kenyataan mendoakan supaya selamat semuanya. Ada sebilangan yang saya kenal termasuk juruterbang ..." - Sedutan rakaman sidang parlimen.

Klik di sini

Sebaik terbaca kenyataan Wan Azizah, mengatakan Anwar TIDAK mengenali Zaharie, secara spontan saya berasa hairan. Mengapakah dia berkata begitu? Apakah motif di sebalik kenyataan dihebahkan kepada media?

Pihak polis hanya menyiasat Zaharie dan menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, tindakan itu, prosedur biasa. Pembantu juruterbang dan jurutera turut disiasat. Dalam kes ini, status mereka bukan pesalah.

Jika kelak ditakdirkan Zaharie selamat kembali ke tanah air bersama 239 penumpang MH370, dia mesti akan berkecil hati.

"Datin Seri dan Datuk Seri tidak kenal saya? Saya bapa saudara menantu Datin Seri dan Datuk Seri. Nama saya Zaharie"

Barangkali itulah antara ungkapan juruterbang berpengalaman terbabit.

Mazidul
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129