Suami yang juga duda kerap berlaku curang dengan wanita lain sebelum kami berkahwin lima tahun lalu. Selepas berkahwin, perangainya tidak berubah iaitu gemar melayan wanita lain dan berbalas SMS dengan perkataan terlebih mesra.
Saya akui diri bukan isteri sempurna, namun sentiasa berusaha ke arah itu. Saya juga pernah menasihatinya supaya berubah, begitu juga ibunya, namun tidak dipedulikan.
Saya pernah mengugut membawa perkara ini ke pejabat agama tetapi dia dengan bangga mendakwa tidak melakukan kesalahan, malah mampu menyediakan keperluan asas.
Perbuatannya membuatkan saya tidak lagi merasakan dia menyayangi saya. Saya rasa sangat terseksa dan tidak pasti apa perlu dilakukan.
FIZA
Ampang, Selangor
Puan tahu perangai suami yang kaki perempuan sebelum bernikah, bahkan sebelum berkahwin lagi puan tahu dia pernah curang.
Sewajarnya hal ini diambil kira sebelum mengahwininya. Bukan mudah untuk puan mengubah perangai seseorang, apalagi suami yang memang diketahui perangainya.
Keputusan di tangan puan, jika berasa tidak dapat menerima kehidupan seperti ini, carilah jalan keluar terbaik. Sebaik-baiknya minta suami melepaskan secara baik.
Jika puan mampu bersabar, pasti Allah SWT tidak akan mengabaikan kesabaran puan. Lakukan solat Istikharah dan tanya diri sendiri, adakah puan bersedia menjalani hidup bersendirian atau mungkin elok dibawa ke kaunseling terlebih dulu.