Rumah tangga pelakon Liza Abdullah yang terbina lebih daripada 26 tahun akhirnya menemui titik noktah apabila disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, sebentar tadi.
Memetik laporan sebuah portal berita, bekas suaminya, Zolkifli Abdul Rahman, melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin sambil disaksikan oleh dua orang anak mereka Zulhaffiz Zarriq dan Nurwafiez Syahiddah. Suasana pilu menyelubungi kamar perbicaraan sepanjang prosiding berlangsung.
Untuk rekod, Liza telah memfailkan penceraian pada 8 Januari lalu selepas sudah beberapa tahun tidak tinggal sebumbung selain mengalami konflik yang berpanjangan.