Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

Mazlan dakwa dihalang masuk ke Sarawak

$
0
0
SHAH ALAM - Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendakwa dirinya sekali lagi dihalang memasuki Sarawak yang berpunca daripada satu program yang akan dianjurkan Pas di negeri itu, esok.

Menurutnya, proses halangan itu adalah bersifat sementara dan mempunyai kaitan dengan program yang akan diadakan di negeri itu sekaligus turut dihadiri Presiden Pas, Datuk seri Abdul Hadi Awang.

"Saya ditahan oleh pihak imigresen setibanya di Lapangan terbang Sibu jam 11.25 pagi ini.

"Alasannya, arahan Pejabat Ketua Menteri Sarawak yang bagi arahan.

"Saya yakin ia ada kaitan dengan Himpunan Tanah Sarawak yang dirasmikan, Presiden Pas di Beting Maro, esok," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Tambahnya, perkara itu memberi kejutan kepadanya yang didakwa bercanggah dengan rekod yang disemak berhubung status aktif halangan masuk ke negeri itu.

"Saya telah meminta rakan saya sebelum ini untuk melakukan semakan. Adakah nama saya masih disenarai aktif dalam halangan masuk ke negeri itu.

"Kawan saya memberitahu saya awal tahun ini di mana saya juga mempunyai satu program di Miri namun saya tidak dapat menghadirkan diri, nama saya sudah tidak aktif dalam senarai itu. Oleh kerana itu, saya berani pergi ke sana, hari ini.

"Namun apabila sampai di sana, pengawal imigresen menghalang saya dan memberitahu nama saya masih aktif dalam senarai itu," katanya.

Pada dua tahun lepas, media melaporkan Mazlan juga turut di halang memasuki negeri itu dan ditahan di Lapangan Terbang Miri bersama beberapa pemimpin Pas yang lain.

Ketika itu, Mazlan mempunyai lawatan memberi penjelasan berhubung isu tanah di Sarawak bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam pada itu, Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah Pas Pusat berkata satu laporan polis akan dilakukan terhadap perkara itu.

"Saya akan buat satu laporan polis esok, di balai polis di Johor.

"Saya rasa ini tidak adil, kerana Sarawak juga negeri di Malaysia," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129