SHAH ALAM: Pembangkang mempertahankan tindakan mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa menyeleweng di beberapa kawasan pilihan raya sehingga mengakibatkan Pakatan Rakyat kalah kepada parti Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum bulan lalu.
Walaupun Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah bertitah "sebarang tindakan menanam kesangsian kepada SPR adalah perbuatan yang amat berbahaya", pembangkang tetap menuding jari kearah suruhanjaya itu.
Bercakap kepada Antarapos, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata demonstrasi yang diadakan bertujuan mendesak campur tangan Yang di-Pertuan Agong untuk memecat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Katanya tidak timbul isu mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong kerana kesemua bantahan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dibuat berlandaskan peruntukan undang-undang negara.
"YDPA kata iktiraf, kita memang iktiraf kebanyakkan keputusan. Yang kita tak iktiraf hanya di 30 lebih (kawasan) dan itu pun kita akan bawa ke mahkamah, kita tetap akan cabar kedudukan 30 lebih kerusi yang bagi kita dimenangi (BN) dengan cara yang tidak sah.
"Sebab itu kita adakan perhimpunan di merata tempat supaya YDPA pecat SPR kerana SPR tidak memegang amanah seperti yang ditetapkan oleh YDPA," katanya.
"YDPA pun sebut dalam rangka 'rule of law'. Jadi tidak wujud isu kita mengingkari nasihat siapa-siapa," tambah beliau lagi.
Pada PRU13, 5 Mei lalu, BN berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah selepas memenangi 133 kerusi daripada 222 kerusi parlimen. Manakala Pakatan Rakyat (PKR-PAS-DAP) hanya menang 89 kerusi.
Pembangkang yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut berdasarkan undi popular 51 peratus yang berjaya dikutip mendakwa SPR menggunakan tipu helah untuk membantu kemenangan BN.
Antara perkara yang dibangkitkan termasuk penggunaan dakwat kekal yang meragukan, pengundi hantu, dan kejadian 'lampu padam' di beberapa pusat pengiraan undi.
SPR walau bagaimanapun menafikan kesemua tuduhan-tuduhan berkenaan dan mencadangkan supaya pembangkang menfailkan petisyen di mahkamah selepas keputusan PRU13 diwartakan.
Rentetan itu pakatan pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan beberapa siri perhimpunan di seluruh negara yang rata-rata melanggar Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 mengajak rakyat untuk mengecam SPR dan keputusan PRU13 yang tidak berpihak kepada mereka.
Bagi mempertahankan tindakan mengajak rakyat untuk berhimpun, Tian berkata rakyat Malaysia berhak untuk menyertai sebarang perhimpunan selagi mana tiada rusuhan mahupun mengangkat senjata.
"Undang-undang kita tak kata tak boleh berhimpun. Kita bukan merusuh. Berhimpun itu ikut saluran yang betul," katanya.
"Apa yang dilakukan PR adalah semua mengikut saluran undang-undang. Mana yang tidak ikut saluran undang-undang?
"Berdemonstrasi itu adalah saluran yang direstui undang-undang. Yang tak direstui undang-undang adalah merusuh, mengangkat senjata," jelas beliau.
Tian berkata perkara ini boleh dielakkan sekiranya kerajaan memberi ruang kepada pembangkang untuk keluar di kaca televisyen dan akhbar tempatan.