SHAH ALAM - PKR menyatakan tidak merasa goyah walaupun isu konflik dalaman parti itu terus dijadikan bahan kempen BN untuk menarik sokongan pengundi pada PRK Dun Kajang, 23 Mac ini.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, BN tidak akan berjaya menarik pengundi dengan hanya menggunakan isu tersebut pada PRK Dun Kajang.
Menurutnya, rakyat hanya akan tertarik kepada pemimpin yang mampu mencari jalan penyelesaian dan berhujah mengenai masalah yang dihadapi mereka.
"Kalau BN nak terus mainkan isu dalaman PKR, biarlah. Kita yakin pengundi lebih berminat kepada masalah yang dihadapi mereka dan sejauh mana pemimpin dapat bantu menyelesaikannya.
"Kita juga telah melakukan kaji selidik terhadap penduduk di kawasan itu. Mereka lebih berminat kepada isu jenayah, masalah lalulintas, kebersihan dan juga harga barang.
"Kalau setakat nak serang kita melalui isu tersebut (masalah dalaman PKR), kita tak berasa goyah," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Semalam, Sinar Harian melaporkan, masalah dalaman PKR dan isu peletakan jawatan bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh akan menjadi senjata utama kempen BN dalam PRK Dun Kajang.
Pensyarah Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, BN akan cuba menggunakan isu tersebut sebagai kempen terhadap rakyat dan pengundi di Kajang.
“Masalah pokok di Dun Kajang ialah isu peletakan jawatan yang diambil mudah oleh PKR semata-mata kerana ingin memberi ruang seseorang yang berhasrat menjadi menteri besar.
“Jika BN berjaya merasionalisasikan dan menyedarkan rakyat bahawa perkara ini tidak sepatutnya dilakukan oleh PKR, maka pengundi akan berfikir dua kali untuk memilih parti itu,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Speker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, isu tersebut hanya propaganda BN yang tidak akan menjejaskan PKR dan PR pada PRK Dun Kajang.
"Isu ini diperbesar-besarkan pihak BN, tetapi PKR akan terus fokus isu rakyat dan yakin untuk Kajang.
"Kita merasakan isu itu tak menjejaskan peluang kita untuk menang di situ," katanya lagi.