Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

Siswi kerap berzina menyesal

$
0
0
Gambar hiasan
Saya siswi di sebuah universiti tempatan. Jujur saya katakan, saya pernah beberapa kali melakukan perbuatan zina dengan teman lelaki yang saya kenal ketika melang­kah ke alam universiti.

Namun, saya ­mening­­gal­­­­­kan dia dan berusaha­ mengelak diri ­daripada menghubunginya. ­Alhamdulillah kini saya ­sudah bertaubat dan berusaha memperbaiki ­kesilapan yang cukup besar itu.

Saya ingin bertanya apakah benar dosa zina itu dosa yang terbesar selepas dosa menyekutukan Allah? Betulkah sukar ­untuk me­nyucikan diri daripada dosa zina?

Apakah tiada lagi peluang untuk saya mendapat­kan pasangan yang terbaik dalam dunia ini walaupun berusaha menjadikan diri insan solehah?


Tiadakah kaedah lain untuk saya membina ­semula maruah diri yang sudah hilang? Saya sering tertanya-­tanya adakah maruah saya rendah pada panda­ngan bekas teman lelaki dan di mata orang ramai?

Saya sangat menyesal atas keterlanjuran itu dan setiap hari dihimpit rasa berdosa. Bagaimanapun, saya tetap ­ingin ­membina maruah saya kembali di hadapan-Nya.

GADIS BERDOSA,
Selangor.

Pertamanya, tahniah dan Dr bersyukur kerana adik dikurniakan keinginan untuk berubah menjadi ­lebih baik. Tidak dapat ­dinafikan, setiap ­insan di dunia ini mempunyai sejarah silamnya masing-masing.

Namun, hanya insan terpilih yang diberikan ke­inginan untuk kembali ke pangkal jalan.

Adik harus maklum, sebanyak mana pun dosa kita, besar lagi pengampunan Allah terhadap ­hamba-Nya yang ingin bertaubat.

Untuk bertaubat, adik perlu menjaga solat dan memperbanyakkan amalan kebaikan yang lain supaya perkara yang baik itu dapat menutup dosa dan noda kita.

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah yang Maha Pengampun terhadap semua dosa.

Berkenaan mencari jodoh, adik jangan bimbang kerana ia ditentukan sejak azali.

Sekiranya adik benar-benar bersungguh-sungguh untuk menjadi baik, ­banyakkan usaha dan berdoa kepada Allah supaya dosa yang lalu diampunkan dan dipermudahkan jodoh oleh-Nya.

Maruah kita adalah ­ditentukan oleh siapa diri kita sekarang. Perkara yang silam tidak perlu dikenang dan tidak boleh diubah lagi. Jadikan masa lalu sebagai kekuatan untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini.

Dr mendoakan adik kuat semangat dan tidak ­berputus asa untuk menghadapi kehidupan mendatang.

KaunselingRemaja@Hmetro

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129