Beliau yang menerima kunjungan daripada Pengerusi Sasakawa Peace Foundation, Jiro Hanyu hari ini turut menerima permohonan maaf pihak penganjur kerana insiden yang memalukan itu.
"Saya menghargai tindakan yayasan yang mengambil berat insiden itu, dan beliau sendiri datang memohon maaf.
"Saya terima pelawaan itu dan mahu teruskan forum tersebut pada 26 Februari ini bagi kepentingan negara Islam berdemokrasi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pihak Sasakawa Peace Foundation, di sini.