Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

Artis tak sedar dek untung

$
0
0
Pengarah ini kasihan melihatkan seorang artis ini yang terkial-kial mencari rezeki dalam industri. Dia bukannya muda, walaupun sudah pun mencecah usia emas, dia sangat berminat untuk bergelar artis tetapi selagi bakatnya tidak teruji, tiada produser dan pengarah yang mahu mengambilnya berlakon.

Ke hulu ke hilir dia mencari peluang berlakon tetapi tiada yang peduli. Dengan niat nak menolong, dengan izin produser yang menerbitkan drama arahannya, pengarah itu pun ambillah artis itu berlakon. Dia pegang watak sebagai ibu kepada dua pelakon terkenal.

Sebagai orang baru, banyaklah artis itu kena belajar. Dialog pun banyak yang kena dikemaskinikan kerana pengucapannya berbelit-belit tetapi pengarah terus memberinya peluang kerana dia faham setiap orang mesti belajar daripada kegagalan dan kesilapan untuk jadi pandai.

Suatu hari selepas habis penggambaran, pengarah berkenaan berjumpa dengan artis itu untuk berbincang mengenai bayaran. Pengarah menyampaikan pesanan produser yang meminta bayaran untuk artis itu dikurangkan atas sebab tertentu. Bukan saja dengan artis itu, produser itu juga minta jasa baik dengan pengarah dan pelakon lain agar diberikan diskaun kepadanya. Mereka tidak kisah dan sedia bertolak ansur kerana mereka memahami keadaan yang dihadapi produser.

Tetapi belum sempat pengarah itu bercerita lanjut kenapa produser minta diskaun, artis itu melenting tidak tentu pasal sedangkan produser itu boleh bertolak ansur jika pelakon itu tidak mahu mengurangkan bayarannya. Artis itu tiba-tiba meroyan dan menjerit di tengah-tengah jalan sebab tak puas hati kerana bayarannya hendak dipotong.

Dia menjerit-jerit disertakan dengan lelehan air mata palsunya. Meluat melihatkan sikap propa artis yang tidak tahu diuntung itu, terus pengarah angkat kaki. Manakala kru dan pelakon lain pun buat tak tahu saja dan masing-masing buat hal sendiri.

Itulah kali pertama dan terakhir artis itu berlakon dengan syarikat produksi itu.

Sosehsoseh@Hmetro

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129